14 Februari 2010

TENTANG MALAYSIA



Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang dipayungi oleh Yang Dipertuan Agong yang dipilih daripada sultan - sultan yang memerintah negeri-negeri di Malaysia. bendera yang menjadi kebanggaan rakyat malaysia di beri nama 


Jalur Gemilang.

pentadbiran di Malaysia di ketuai oleh Perdana Menteri yang silih berganti setiap kali Pilihanraya Umum yang dilakukan setiap 5 tahun. 

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).
Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.

Senarai Perdana Menteri Malaysia


TIMBALAN PERDANA MENTERI

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi di Malaysia. Terdapat lebih kurang sembilan orang yang telah dilantik memegang jawatan tersebut.
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai seramai empat orang Timbalan PM sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pertama meninggal dunia sewaktu dalam perkihidmatan manakala Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri yang pertama yang dipecat daripada kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia terkini ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Senarai Timbalan Perdana Menteri Malaysia






sumber : wikipedia





0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.