21 Februari 2010

PENCEMARAN MELAMIN



STATUS PENCEMARAN MELAMINE DALAM SUSU DAN HASILAN SUSU DARI NEGARA CHINA

Kenyataan akhbar New Straits Times dan The Star bertajuk “More melamine found in milk” bertarikh 26 Januari 2010 serta kenyataan dalam The Star Online berkenaan “Melamine milk products found in China” bertarikh 25 Januari 2010 adalah dirujuk. Berita berkenaan melaporkan 

bahawa Pihak Berkuasa Negara China telah mengarahkan beberapa susu dan hasilan susu yang dijual di pasaran tempatan di selatan Negara China ditarik balik berikutan didapati tercemar dengan melamine.

Produk yang ditarik balik meliputi susu dan hasilan susu sejuk beku yang dijual di pasaran berkenaan sejak awal tahun 2009 dan melibatkan tiga (3) syarikat iaitu Shandong Zibo Lusaier Dairy, Liaoning Tieling Wuzhou Food and Laoting Kaida Refrigeration. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) tiada permit import dikeluarkan kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin menegaskan bahawa masalah berkaitan pencemaran melamine dalam makanan adalah terkawal berikutan aktiviti pemantauan yang dijalankan secara berterusan terhadap produk makanan tempatan dan import termasuk dari Negara China. Berdasarkan aktiviti pemantauan melamine dalam produk makanan yang dijalankan pada tahun 2009, sejumlah 515 sampel telah diambil yang mana kesemuanya (100%) di bawah action level bagi melamine yang ditetapkan KKM, iaitu 1 mg/kg atau 1 bahagian setiap juta (parts per million – ppm) bagi makanan bayi dan 2.5 mg/kg (2.5 ppm) bagi makanan lain. Sampel yang diambil meliputi pelbagai jenis makanan termasuk yang diimport dari Negara China seperti susu, susu rumusan bayi, susu rumusan susulan bayi, ais krim, yogurt, susu soya, biskut, coklat, konfeksi, kicap, tepung, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, berhubung dengan isu ini sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 4 (Surveilan) bagi analisa melamine kepada semua susu dan hasilan susu yang diimport dari Negara China mulai 6 Januari 2010 melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM). Di samping itu, susu dan hasilan susu serta makanan yang berkemungkinan boleh tercemar dengan melamine yang diimport dari negara lain turut dipantau secara berterusan bagi parameter melamine.

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Kesan ketoksikan akut akibat pendedahan terhadap melamine secara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Manakala kesan ketoksikan kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.

Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 apabila melamine dikesan di dalam makanan melebihi action level yang ditetapkan KKM dan mana-mana pihak yang terlibat di dalam rantaian makanan yang mengandungi melamine melebihi action level yang ditetapkan tersebut jika bersabit kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yang masuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
27 Januari 2010

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.