23 Februari 2010

KONVENSYEN DI PICC

salam

uhhh....esok seramai 12 orang pelajar daripda POLITEKNIK KOTA BHARU akan berangkat ke


PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)

bagi menghadiri Majlis
Pelancaran Transformasi Politeknik, daripda Politenik lain aku xtau r bape owg... tpi yang pasti aku jugak terpilih untuk menggenapkan 12 orang pelajar tersebut...huhuhu

tapi lau nak g sane buan mudah woi...korang tau kena pakai cane?

i. kemeja lengan panjang
ii. seluar slack hitam
iii. tali leher (neck tie)
iv. kot
v. kasut kulit hitam.

wah nampaknya yang pegi sane2 smart2 n lawa2 r, segan plak aku nak g...

tapi pe2 hal aku tetap syukur gak ke hadrat Allah SWT yang maha pemurah lagi maha penyayang sebab au jugak terpilih, dah lame aku nak jejak kaki kat PICC...nie 1st time r...teruja siot..

ape yang aku d maklumkan smua plajar di kehendaki berkumpul di depan Foyer Bangunan Pentadbiran PoliteKniK Kota Bharu jam 10 pagi esok(24/02/2010)..

yang terpilih tu jgn sronok sgt, igt anda memegang amanah daripada penasihat2 persatuan anda, n amanah untuk menjaga nama baik PKB jugak terpikul kat bahu korang.. jangan nak malukan PKB dah..

ape yang aku tau lah, antara persatuan yang antar wakil dorang untuk wakili PKB ke konvensyen ni ;

I. PPP ( 3 wakil )
II. PPKM
( 3 wakil )
III. PPKA ( 3 wakil )
IV. PPKE ( 3 wakil )

smua persatuan anta 3 orang wakil AJK dorang...

n dorang smua ni dah di beri PELEPASAN KULIAH yang mana disahkan sendiri oleh Pengarah POLITEKNIK KOTA BHARu selama 2 hari iaitu 24 & 25 Februari.
k lah penat aku nak taip panjang2...korang bukan baca pun..huhuhu

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.