Sumber

assalamualaikum..

di ruangan sumber ini RM ingin menyatakan permohonan maaf kepada mana - mana laman web yang RM ter'COPY' artikel-artikel yang RM rasa berguna bukan sahaja kepada pengunjung blog RM, tetapi juga kepada RM sendiri maklumlah untuk mengingat semua laman web yang ada info - info yang berguna bukannya mudah.

RM juga ingin merakamkan uacapan MAAF kepada mana - mana buku yang RM terpaksa 'COPY' serba sedikit maklumat yang ada didalam buku tersebut sebagai sumber rujukan RM untuk menerbitatkan artikel-artikel yang mana RM merasa terpanggil untuk berkongsi dengan pengunjung-pengunjuung blog RM.

dan memang RM tidak nafikan banyak juga artikel yang RM 'COPY' daripada beberapa laman web, dan ada sebahagian daripada artikel RM petik daripada beberapa buah buku yang sememangnya boleh dipercayai.

selain itu juga, RM ade juga melontarkan pendapat - pendapat daripada RM sendiri.

Sekian,
Terima Kasih...


Read more...

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.