25 Februari 2010

CATATAN PERJALANAN ; MTP 2010






Catatan Perjalanan Wakil POLITEKNIK KOTA BHARU
ke
MAJLIS TRANSFORMASI POLITEKNIK 2010

yang dirasmikan oleh ;
Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia


diwakili oleh 28 orang Pensyarah
dan....

12 Orang Pelajar dari 4 Persatuan (PPKM,PPKA,PPKE,PPP)




pada
25 Februari 2010

10.50 am - Bertolak daripada POLITEKNIK KOTA BHARU ke Kuala Lumpur, yang tak best nye pihak PKB sediakan Bas model lama, merungut2 la pensyarah dan pelajar.

11.15 am - Dah isi minyak kat petronas kok lanas, bas patah balik ke PKB, wah time tu kitorang seronok r, maybe tukar bas.


11.20 am - seperti yang dijangka, kitorang bertukar BAS, daripada bas buruk kepada bas baru, bau kedai ag...huhuhu

- dah tukar bas baru best, selesa skit.

3.15 pm - kitorang berhenti kat kg. teluk gunung, pahang untuk solat jamak Qasar fardhu zuhur dan asar.
- alang-alang berhenti, makan2 mee jap kat warung tepi jalan.

3.45 pm - teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

6.00 pm - sebab dah minum air banyak2 kat warung tadi. maka ramai la nak terkucil, dah sampai kat petronas Raub kitorang b'henti jap bagi laluan kat sape2 yang tak tahan sgt buang air...

6.57 pm - dah jalan jauh ni lapar la plak, so kitorang b'henti makan kat Bentong jap...
- alamak aih sekali kena tempat 'CEKIK DARAH' daa... nak tau pe kitorang makan?


Mee Goreng - RM 3.50 (kat kafe PKB leh dapat RM 1.50)



Jus Epal + laici (uikss....betul ke jus epal nie???)



Nasi Goreng Biase - RM 5.00 (Nie member aku makan)



CEKIK DARAH BETUL....!! (d sebabkan lapar makan je lah...)

7.35 pm - dah kenyang melantak kitorang teruskan perjalanan yang entah bile akan sampai d sebabkan pemandu bas kitorang sangatlah berhemah.(tapi bagus gak camni)

8.43 pm - dah penat nunggu akhirnya kitorang berjaya gak melangkahkah tayar bas ke WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.



9.10 pm - Alang-alang dah datang KL n malam pun masih lagi awal kitorang singgah jap kat KAJANG, wah kat sini ambik kesempatan g stadium kajang lu tengok perlawanan bolasepak, (xtau la pasukan mane, cz kitorang bukan wartawan)

9.30 pm - jalan2 kat kajang jap.
9.50 pm - dah sampai kajang nie nak mrase gak SATAY KAJANG HAJI SAMSURI yang terkenal nih...huhuhu
- kitorang ambik keputusan makan satay kajang kat salah satu warung, kat sane die bagi 2 pilihan nak makan kat meja or b'sila. demi menunjukkan kitorang ni orang melayu yang berbudi bahasa makan la b'sila..


ni satay yang kitorang makan
satay Rusa
satay Arnab
satay Daging
satay Ayam

harga pulak boleh tahan gak bagi kitorang orang kelantan...

satay Rusa - RM 1.80/sebatang
satay Arnab - RM 2.20/sebatang
satay Daging - RM 0.60/sebatang
satay Ayam - RM 0.60/sebatang

10.13 pm - dah habiskan satay tadi, skrang tibalah masa kitorang cari tempat nak lelapkan mata lak, huhuhu (maksudnya g tempat penginapan la...)

11.15 pm - kitorang smpai ke tempat penginapan di Lanai Bangi Hotel, Bangi.
- sebelum naik kebilik kena lah dengar taklimat dulu..dah bagi taklimat baru boleh masuk bilik..


11.30 pm - dah masuk bilik, terus mandi. dah mandi rase segar sket, dah tu solat isyak plak.

12.00 am - boring plak rasenye, nak tido pun perut still berbunyi, so aku, alif n apieh ambik keputusan turun ke kedai mamak kat tepi tempat penginapan pekena roti canai ngan teh tarik..

1.00 am - naik ke bilik n tau2 je la bila dah letih...huhuhu

6.00 am - di sebabkan ketua rombongan cakap kena berkumpul jam 6.30 am, kitorang bangun siap2, mandi, solat pastu trus turun ke tempat berkumpul jam 6.45 am

7.18 am - tunggu punye tunggu member2 yang lain n pensyarah jam 7.18 am baru boleh bertolak ke putrajaya, perasaan bukan maen teruja..

8.00 am - sampai kat presint 16 Putrajaya terus cari kafe tuk sarapan, hasilnya ni lah sarapan kitorang....
kuih donat n air teh panas

8.30 am - dah siap sarapan ape lagi, terus la kitorang b'gerak ke Putajaya International Convention Centre (PICC)

9.00 am - B'kumpul depan Dewan A PICC

- sambil tunggu di panggil masuk ke dewan, sesi bergambar jap...huhuhu
















9.30 am - b'gerak memasuki Dewan A PICC b'sama2 rombongan daripada Politeknik Shah Alam (PSA).

9.35 am - Majlis di mulakan dengan bacaan doa.
- wau....!!! pengacara majlis yang laki2 ni bukan calang2 orang....abang ALLY ISKANDAR woi....!!! (tapi sayang r, abis majlis tak sempat bgambar ngan die..)

- pastu ketibaan
Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Y.B Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Y.B Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

dan tak ketinggalan jugak turut sama mengiringi TPM adalah Pengarah Politeknik Malaysia

- sebelum majlis dimulakan jom Nyanyikan lagu kebangsaan yang menjadi kebanggaan rakyat malaysia, NEGARAKU....



pastu jom sama2 nyanyi lagu kebanggan setiap pelajar Politeknik di seluruh Malaysia...




9.40 am - ucapan oleh Y.B Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

9.55 am - ucapan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. dan seterusnya merasmikan TRANSFORMASI POLITEKNIK MALAYSIA.

10.10 am - Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merasmikan TRANSFORMASI POLITEKNIK MALAYSIA.

10.22 am - Pengumuman Politeknik Premier

- antara politeknik yang terpilih daripada 27 Politeknik ialah


# Politeknik Shah Alam (PSA)

# Politeknik Ungku Omar (PUO)


# Politeknik Johor Bahru (PJB)
p/s : yang aku xtahannye, PJB nie cam dah tetau je dorang menang dapat poli premier...siap bawak banner ucap TAHNIAH ag...xaci betul(ade kompromi ke???? )


10.50 am - makan pagi kat dewan makan(ni pihak penganjur yang sediakan) sempat la kenalan ngan dakpempuan dari PSA... ramah jugak korang nie ek..
- ni minum pagi kitorang..

11.10 am - tengah syok2 makan peensyarah call plak tanye duk katne..ape lagi kalut la kitorang bkejar cari BAS...


p/s : hahahaha....siapla korang kena marah, huhuhu

11.30 am - tunggu punye tunggu member2 yang lain, jam 12.30 pm baru smpai kat bas..apalagi naik angin la ketua rombongan pensyarah Engku Muhammad Bin Engku Ali...huhuhu

12.00 pm - sekarang ni, nak mengisi masa lapang kitorang g ke pusat beli belah Sogo. sebelum tu sempat jugak kitorang singgah kat Istana negara...

12.26 pm - duk kat Istana Negara, bergambar ngan pengawal diraja..


lagi aku bergambar depan istana negara...


12.45 pm - bergerak ke pusat beli belah sogo.

1.00 pm - sampai je kat Sogo, ketua rombongan terus bagi ingatan, jam 2.45 bkumpul balik kat tempat turun.

1.15 pm - ni lak makan tengahari kitorang...

2.30 pm - tanpa melengahkan masa kitorang bkumpul kat tempat tadi...(dah kena marah tadi, serik r...huhuhu)

3.25 pm - la..bile menunggu awal nie lambat plak bas datang, jenuh menunggu...

3.35 pm - rupa2nye bas lewat datang pasal jalan jamned, so bile bas dah sampai kitorang terus bertolak balik ke kelantan.

p/s : dorang je la...aku stay Kl kat umah akak aku, Alif pun sama stay Kl umah die...

k ah sekian lu catatan perjalanan rombongan PKB ke PICC....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perghh..memg best arhh..tbik spring..!!
toing..toing..
syabas erk..!!
ske sgt3..
_arina_

sayyidina umar al-khattab berkata...

salam ukhuwah salam perpaduan...

xpe la PKB xdpt Poli Premier pun..insyaAllah dapat tahun depan...

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.