PENGENALAN

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh


Dengan bangganya aku menjadi anak jati GUA MUSANG.....!!!

Tujuan utama aku reka blog aku sendiri ni aku sendiri pun tak pasti tapi apa yang aku tahu aku nak masukkan berkaitan agama kat dalam blog aku, yang tu yang paling utama.
sebenarnya aku sendiri pun tak pasti blog yang aku buat ni berkaitan apa. sebab aku masukkan semua yang terlintas kat dalam kepala aku nie, maybe aku punya blog ni terkategori lam blog ntah ape-ape tapi yang pasti  dan aku harapkan segala maklumat yang aku masukkan dalam blog aku ni berguna untuk korang.
apa yang membuatkan aku tertarik untuk buat blog ni sebenarnya aku sedih tengok gelagat anak-anak muda sekarang ni yang makin jauh terpesong, malam-malam aku menangis terkenangkan nasib islam di bumi malaysia, memang banyak aktiviti-aktiviti yang islamik tapi cuba kita tengok, just orang-orang tua saje yang duk menunggu kat tempat- tempat gitu, anak-anak muda? hampeh...!
sekarang ni anak-anak muda tolak islam kepunggung tu yang buat aku sedih sangat dan buat aku terpanggil untuk pakai medium badu nie untuk berdakwah korang nak pakai atau tak nak pakai aku tak kisah yang penting aku dah jalankan kewajipan aku sebagai seorang muslim, tapi aku harap korang leh terima nasihat aku ni walaupun agak pedas.
Allah SWT sendiri telah berfirman dan menegaskan dalam surah Al-Asr :-
maksudnya :  
"Demi masa(1).
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian(2)
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta orang-orang yang saling berwasiat(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat(nasihat-menasihati) dengan kesabaran.(3)


seterusnya marilah kita sama-sama menghayati dan menjalankan tanggungjawab seorang muslim dengan mengenali dan memahami rukun islam dan rukun iman bukan sekadar memahami secara tersurat juga memahami yang tersirat didalamnya.

RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat lima waktu.
3. Berpuasa di bulan ramadhan.
4. Membayar zakat.
5. Menunaikan haji di Baitullah jika mampu.



RUKUN IMAN
1. Beriman kepada Allah SWT
2. Beriman kepada Malaikat.
3. Beriman kepada Kitab.
4. Beriman kepada Rasul.
5. Beriman kepada Hari Kiamat.
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar

aku harap korang semua enjoy dengan blog aku ni yang serba kekurangan...



Sekian,
Terima Kasih

Read more...

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.