26 Februari 2010

MAJLIS TRANSFORMASI POLITEKNIK




MUHYIDDIN menerima buku hala Tuju Tranformasi Politeknik daripada Mohamed Khaled pada majlis pelancaran Tranformasi Politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sambil diperhatikan Saifuddin (kiri).
Universiti politeknik ditubuh 2015: Taraf premier pelopori usaha tawar pengajian teknikal kepada pelajar antarabangsa

PUTRAJAYA: Tiga politeknik semalam menerima taraf premier yang menjadi asas ke arah penubuhan universiti politeknik menjelang 2015.

Politeknik itu ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Johor Bahru, Johor.


Watikah Politeknik Premier itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada majlis pelancaran Pelan Transformasi Politeknik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Politeknik Premier itu berperanan menjalankan program dalam bidang tujahan, selain mempelopori usaha menawarkan program pengajian berbentuk teknikal kepada pelajar antarabangsa, terutama di kalangan negara membangun.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata transformasi berkenaan boleh dijayakan melalui inovasi sistematik bagi menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan serta latihan politeknik.

Sehubungan itu, katanya, penubuhan universiti politeknik akan menjadi pelengkap kepada pendidikan vokasional dan teknik di peringkat pengajian tinggi.

"Universiti politeknik ini akan membolehkan pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional di peringkat pasca menengah dan tinggi di bawah satu sistem politeknik tanpa perlu menyambung pengajian ke institusi lain," katanya.

Beliau berkata, pendidikan aliran itu dapat melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, sekali gus menjadi penyumbang kepada penjanaan kekayaan baru negara.
“Peningkatan kualiti pendidikan berteraskan kemahiran mesti diperkasakan dan dijadikan agenda utama dalam memenuhi keperluan modal insan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata, inovasi dalam pengurusan pendidikan politeknik selain mampu menarik minat pelajar terbaik mengikuti pendidikan vokasional dan teknik, ia juga boleh dikembangkan dengan memberi pengecualian kredit kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang memasuki politeknik.

"Langkah menawarkan pengecualian kredit seperti diamalkan ketika ini akan membolehkan lulusan politeknik mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam tempoh lebih singkat.

"Ini akan menjadikan politeknik sebagai institusi pilihan utama pelajar yang berhasrat mengikuti pengajian di universiti teknikal," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata lebih banyak Politeknik Premier akan dipilih pada masa depan jika memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada Politeknik Premier terbabit akan dinaik taraf sebagai universiti politeknik kerana ia bergantung kepada pencapaian semua politeknik itu menjelang 2015.

"Tumpuan utama kementerian ketika ini untuk meningkatkan jumlah kemasukan di peringkat diploma di semua 27 politeknik daripada 60,840 orang pada 2009 kepada 87,440 orang pada 2012.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

diploma di poli premier dgn poli biase ade beza ke??

rizwan berkata...

sama aja.. cuma poli premier dalam penarafan ke arah Universiti Politeknik, yang mana.. akan ada pengajian di peringkat ijazah akan di tawarkan di politeknik Premier dalam jangka masa setahun dua ni.. jangkaan pada tahun 2005

Tanpa Nama berkata...

bila politeknik nk tawarkan untuk pengambilan ijazah? kalau poli ada tawarkan buat ijazah, adakah ianya hanya di tawarkan di politeknik premier sahaja atau pun ditawarkan juga di poli yg bukan bertaraf premier

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.