10 Februari 2010

ICT


PENGENALAN KEPADA ICT

PERKEMBANGAN ICT

- perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas aspek kehidupan sekarang ini telah mempengaruhi cara kita bermasyarakat dan melaksanakan urusan harian. sehubungan dengan itu, KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH sentiasa peka kepada perkembangan-perkembangan tersebut.

sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar, kementerian ini akan sentiasa berusaha memberikan maklumat dan menyadiakan perkhidmatan agar menepati kehendak pelanggannya.

MENGENALI ALAM TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT)

- TEKNOLOGI =
cara, peralatan, bahan @ perisian untuk melakukan, membuat @ membina sesuatu.
- TEKNOLOGI KOMUNIKASI = kaedah @ cara & peralatan yang membuatkan proses aktiviti komunikasi itu lebih cepat, mudah & berkesan.
- TEKNOLOGI MAKLUMAT = kaedah, peralatan & perisian yang terlibat dalam proses penjanaan maklumat, pengurusan maklumat, penyebaran maklumat, dan penyimpanan maklumat.
- TKM(ICT) = telah diperkenalkan untuk memastikan segala media, teknologi komunikasi dan teknologi maklumat terkandung didalamnya, ICT merangkumi semua.

KEPENTINGAN ICT

- Masyarakat bergantung kepada teknologi yang berasaskan maklumat untuk berbagai urusan.
- Meliputi semua aspek termasuk :-
i ) kewangan
ii ) industri
iii ) sosial
iv ) perubatan
v ) pendidikan dan sebagainya.

KESAN ICT

- Kesan teknologi ke atas masyarakat bukan ditentukan oleh teknologi itu sendiri tetapi oleh penggunaannya dalam masyarakat.
- ICT sama seperti air, api, angin, dan pisau, jika digunakan dengan betul akan membantu kita dalam banyak perkara.

KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)

"Multimedia Utopia"
- kawasan seluas 750 Km persegi di selatan Kuala Lumpur (KL)
- sebuah kawasan percambahan idea dalam bidang pengurusan, penyelidikan, pembuatan dan penyebaran maklumat serta produk berunsurkan multimedia.
- Infrastruktur fizikal yang bertaraf dunia.

APLIKASI PERDANA MSC

- Sekolah bestari
- kad pintar pelbagai guna
- Kelompok penyelidikan dan pembangunan
- Kerajaan Elektronik
- jaringan pengilangan dunia
- E-perniagaan
- Teleperubatan

DEFINISI KERAJAAN ELEKTRONIK

- Pentadbiran secara elektronik yang merombak semula proses-proses kerja dalaman, mengubah corak perkhidmatan yang diberikan dan menghubungkan agensi-agensi kerajaan melalui teknologi maklumat dan multimedia bagi mewujudkan persepakatan antar anggota-anggota kerajaan, syarikat swasta dan orang awam ke arah pembangunan negara.

OBJEKTIF KERAJAAN ELEKTRONIK

1. menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti secara elektronik.
2. menyelaraskan proses-proses kerja dalaman bagi meningkatkan kualiti, menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti.
3. mengukuhkan maklumat serta menjamin privasi.
4. meningkatkan penglibatan orang awam dalam kerajaan.
5. mewujudkan kerajaan yang telus dan akauntabel.

APA ITU KOMPUTER?

- mikrokomputer
- komputer
- mikro
- PC
- Komputer peribadi

JENAMA KOMPUTER

- Acer
- Compaq
- Epson
- Fujitsu
- Ibm
- Nec

SEJARAH KOMPUTER

1820 - Arithmometer, idea awal mesin kira
1834 - Barbage mencipta enjin analatikal, permulaan komputer
1944 - Havard's Marrk 1 komputer digital pertama yang digunakan dalam perkhidmatan.
1951 - komputer mula dijual kepada orang ramai
1962 - komputer mini diperkenalkan
1982 - komputer riba @ laptop @ notebook diperkenalkan.

DUNIA KOMPUTER

- Komputer akan buat apa yang anda arahkan
- mudah digunakan
- komputer mudah dikuasai
- anda hanya perlu................................. BELAJAR.....!

KEGUNAAN KOMPUTER

- komputer dapat mempercepatkan lagi masa untuk melaksanakan sesuatu tugas. Tugas juga dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.

antara kegunaan komputer adalah ;

1. Pangkalan data (database) - acess
2. Hamparan (spreadsheet) - Excel
3. Pemproses kata (word processing) - Ms Word
4. Computer-aided instruction (CAI) - pendidikan
5. Computer-aided design (CAD) - kejuruteraan
6. Computer-aided manufactering (CAM) - perkilangan
7. komunikasi - email, internet
8. Grafik - periklanan (animasi)
9. Multimedia - laman web
10. Analisis statistik - bancian
11. Permainan - games

SISTEM ASAS KOMPUTER

- Komponen asas
i. Keyboard
ii. Monitor
iii. CPU
iv. Sistem pengoperasian

- Pilihan Aksesori
i. Sound Card
ii. Speaker
iii. Moderm
iv. printer
v. Scanner dan lain-lain

TIGA PERINGKAT OPERASI KOMPUTER

- Masukan
- Prosesan
- Keluaran

VIRUS KOMPUTER

- Satu perkara yang serius
- aturcara kecil yang boleh berkembang dan merosakkan fail-fail dan aturcara lain.
- mula mendapat perhatian pada tahun 1987 apabila seorang pelajar di Cornell, U.S.A menghasilkan virus.
- perisian anttivirus boleh mengesan dan mematikan sebahagian besar virus.

MEMULAKAN SISTEM KOMPUTER

langkah-langkah untuk memulakan sistem komputer :-

1. Pastikan semua kabel yang perlu disambungkan.
2. Puncakuasa (plug) dibuka
3. Tekan suis utama pada CPU
4. Tunggu sehingga proses membuka microsoft windows selesai
5. Pengguna boleh memulakan aplikasi pilihan

MENUTUP SISTEM KOMPUTER

- jangan sesekali menutup sistem komputer dengan terus menutup punca kuasa atau suis utama kerana ianya akan menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer
- langkah-langkah untuk menutup komputer :-

1. klik butang 'START'
2. klik 'SHUTDOWN'
3. apabila keluar menu, pilih 'SHUTDOWN' dan klik 'OK'

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.