03 Februari 2010

E-PILIHANRAYA POLITEKNIK KOTA BHARU

salam

Ni khas buat pelajar PKB, seperti yang kita sedia maklum pilihanraya kampus Politeknik Kota Bharu akan berlangsung pada 09 Februari 2010 bersamaan 18 safar 1431 iaitu pada hari selasa


seperti yang kita sedia maklum setiap pelajar Politeknik Kota Bharu layak untuk mengundi samada pelajar yang berada dikampus mahupun yang sedang menjalani Latihan Industri.

petang tadi aku sempat gi
tempat penamaan dan taklimat calon di

tempat : Dewan Kuliah 01
masa : 4.15 petang
hari : rabu
tarikh : 18 Safar 1431 / 03 februari 2010

dan pelajar PKB mencatat rekod yang tersendiri bila calon yang hadir ke penamaan dan taklimat calon setelah terpilih daripada hampir 5000 pelajar yang berada dikampus adalah 177 orang calon ia sememangnya ia suatu rekod yang membanggakan.

sebanyak 13 organisasi/ persatuan/ kelab yang bernaung di bawah HEP PKB akan membuat pilihanraya serentak bagi memilih ahli-ahli jawatankuasa bagi mewakili persatuan/ kelab/ organisasi masing-masing.

apa yang aku tau antara organisasi/ persatuan/ kelab yang terlibat ialah :

1) JPP (jawatankuasa perwakilan pelajar)
2) Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal
3) Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik
4) Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam
5) Persatuan Pelajar Perdagangan
6) Persatuan Pelajar Ukur Bahan
7) Persatuan pelajar kamsis
8) Kelab Pencak Silat
9) Kelab Moral
10) Kelab Pembimbing Rakan Siswa
11) Kelab Amru
12) Kelab Sukan Permotoron
13) Kelab Ukur Bahan

dan time aku masuk ke tempat penamaan calon tadi, kalau tak silap 6 organisasi menang tanpa bertanding. Antaranya :-

1) Persatuan pelajar kejuruteraan Awam
2) Kelab Rakan Siswa
hak lain aku tak ingat..


time penamaan calon tadi, kerusi JPP(Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) adalah kerusi yang paling "HOT" ni kerana hanya sebanyak 12 kerusi dipertandingkan, tapi menerima pencalonan lebih dari 40 orang calon...memang "HOT" sungguh kerusi ni, ye lah lau ikut senario politik sebenar kerusi ni ibarat kerusi di peringkat pusat/persekutuan iaitu kerusi PARLIMEN.

manakala yang aku sempat ingat satu lagi yang aku ingat PPKM (Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal) kerusi ni pun hampir-hampir menang tanpa bertanding ; sebanyak 18 kerusi dipertandingkan, PPKM menerima pencalonan sebanyak 21 pencalonan. that means 3 calon saje nak nyibuk (termasuk aku r...huhuhu).

lau ikut senario politik kat luar pulak PPKM,PPKA,PPKE,PPP,PPUB,PPK semua ni ibarat kerusi DUN r.

satu fakta menarik yangt perlu diketahui semua POLITEKNIK KOTA BHARU memecah rekod sebagai IPTA pertama di malaysia yang mengadakan E-PILIHANRAYA, kalau IPTA lain mereka bukan buat E-PILIHANRAYA tapi mereka buat Networking pilihanraya. that means pelajar hanya boleh mengundi di tempat yang disediakan oleh pihak kampus je, berlainan dengan PKB; pelajar PKB boleh mengundi kat mana2 je, hatta yang sedang menjalani Latihan Industri di New Zealand(ada ke pelajar praktikal kat New Zealand? contoh je nie..)

sambil baring kat umah pun boleh mengundi. huhuhu

so aku rasa setakat ni je lah ulasan aku, nanti aku akan cuba laporkan senario PILIHANRAYA KAMPUS POLITEKNIK KOTA BHARU secara langsung dari kampus.

dan pesanan terakhir aku kamu semua pelajar PKB jangan lupa kuar mengundi hari SELASA 09/02/2010 ni secara online. n pilih yang betul-betul boleh memimpin k, lau bagus pemimpin persatuan/kelan lagi banyak la korang dapat manfaat..

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.