PULAU PINANG 17 Feb. – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengenal pasti empat tempat di negeri ini sebagai kawasan panas pembiakan nyamuk aedes.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Yasmin Sulaiman berkata, flat Kampung Melayu di Air Itam, Taman Seri Sari di Relau, dan Villa Sri Kenanga serta flat Desa Riang masing-masing di
Batu Uban merupakan kawasan panas yang mencatatkan sekurang-kurangnya dua kes demam denggi.
"Tujuan kita memaklumkan perkara ini bagi menyedarkan masyarakat umum terutama penduduk di kawasan berkenaan supaya lebih peka tentang situasi semasa serta peranan yang boleh dimainkan penduduk di tempat itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, orang ramai hanya perlu meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di rumah.
"Sekiranya ada anggota keluarga yang demam panas, sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat kerana bimbang dijangkiti demam denggi,” katanya. – Bernama
Leaving MINDEF... part 3 - Yellow Flood
-
*Teddy at the Manek Urai train station in the aftermath of the Yellow Flood
of 2014*
I still remember that afternoon break of which I spend lying down un...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan
aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.