23 Februari 2010

MAULIDUR RASUL


ASSAlAMUALAIKUM W.B.T

disini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat islam di seluruh dunia yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan beriman kepada Rasulullah saw.
 yang jatuh pada ;

hari jumaat ni pada 26 februari 2010
bersamaan 11 Rabiulawal 1431

kita sebagai umat yang mengaku mencintai rasulullah perlulah.....


mengingati serta menghayati erti sebenar perjuangan rasulullah saw dalam memartabatkan islam di atas muka bumi ini.

serentak dengan itu marilah kita basahkan lidah kita dengan zirullah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah SAW sebagai tanda kita mencintai baginda.

kerana rasulullah adalah sebaik2 bapa, sebaik2 datuk, sebaik2 sahabat, sebaik2 pemimpin dan sebagainya.

apa yang rasulullah suruh semuanya mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kita di dunia dan diahirat, manakala apa yang dilarang baginda pula adalah seburuk2 amalan yang tidak membawa faedah kepada kita, bahkan membawa keburukan dan kecelakaan kepada kita di dunia dan di akhirat.....

dengan itu marilah kita mengambil masa sekurang2nya 5minit bagi merebungi betapa pahit dan getirnya perjuangan Rasulullah dalam mengembangkan syiar islam ke seluruh pelusuk dunia...

WASSALAM....

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.