13 Februari 2010

DEMOGRAFI MALAYSIA


Rencana utama: Demografi Malaysia
Populasi Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah keseluruhan warganegara.
Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2) mentakrifkan orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa seharian, mengamalkan adat resam melayu dan beragama Islam. Hal ini hanya terpakai di Malaysia sahaja, tidak termasuk dinegara-negara lain yang juga dikenali sebagai sebahagian dari rumpun Melayu. Kira kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.
Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Kemasukan kaum lain sedikit sebanyak mengurangkan peratusan penduduk peribumi di kedua-dua negeri itu. Antara kaum bumiputera yang utama di Sabah dan Sarawah ialah Kaum Kadazan-Dusun, Dayak dan Iban. Sehingga abad ke 20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada Kristian ataupun Islam.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.