19 Mac 2010

SEJARAH PKB

::: SEJARAH POLITEKNIK

Politeknik Kota Bharu mula beroperasi pada 1985 di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Bunut Susu , Kelantan.
Politeknik Kota Bharu telah berpindah ke....
kampus kekalnya pada tahun 1988 di Kok Lanas, Ketereh.
Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah seramai 400 orang dengan 44 orang tenaga pengajar. Kini PKB mempunyai 5787 orang pelajar dengan 374 orang staf akademik dan 74 orang staf bukan akademik.


::: LOGO POLITEKNIK

WARNA :
Merah Pulasan - Perjuangan dan persaingan yang sanggup dihadapi oleh pelajar dan staf PKB dalam memastikan PKB sentiasa maju dan berjaya.
Biru Langkawi - Warga PKB bersatu padu membentuk wawasan PKB.
Kelabu - Warga PKB yang sentiasa menggunakan daya intelek dan sentiasa bersederhana dalam apa jua tindakan.
Kuning Emas - Kemegahan, keunggulan dan semangat juang yang tinggi pelajar dan staf.
OVAL :
Rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda warga PKB mendukung hasrat dan cita-cita murni PKB dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar.
REHAL :
Punca ilmu sebagai sokongan utama kepada kejayaan.
HURUF JAWI :
"Pa", "Kaf" dan "Ba", singkatan "Politeknik Kota Bharu" dalam huruf jawi.
TIGA HEXAGON :
Melambangkan titik "pa" yang juga membawa maksud "Pelajar, Pensyarah dan Pengurusan" yang saling bergandingan ke arah menuju kecemerlangan.
BENTUK DUNIA :
Melambangkan konsep pengurusan PKB yang mesra global; mesra pelajar, mesra staf, mesra alam, mesra masyarakat dan mesra korporat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.