Berfirman Allah Taala yang Bermaksud :
" Wahai manusia tiada kehidupan yang baik umpama takut kepada Allah SWT. Tidak ada warak umpama menahan diri daripada menyakiti sesuatu. tidak ada kasih sayang yang lebih tinggi daripada Adab. Tidak ada yang dapat menolong seperti...
taubat (taubatlah sebenar-benar penolong)
Tidak ada kasih yang lebih tinggi daripada adab. tidak ada ibadah seperti ilmu(ilmu itu ialah ibadat yang besar). Tidak dikira sembahyang melainkan dengan rasa takut. Tidak ada kemenangan seperti sabar(Sabarlah kemenangan yang sebenar). Tidak ada kebahagiaan melainkan dengan taufik(Taufik itu adalah kebahagiaan yang sebenarnya).
Tidaka ada perhiasan yang lebih indah daripada akal. Tidak ada teman yang lebih jinak daripada kelembutan.
Wahai Anak Adam, kosongkanlah hatimu untuk beribadah kepada-KU nescaya aku akan penuhi hatimu dengan dengan kekayaan (NUR), aku akan berkatkan resekimu dan aku akan isikan kerehatan pada tubuhmu. jangan kamu lupa untuk mengingati aku.
Sekiranya engkau melupai-KU, akan kupenuhkan hatimu dengan kefakiran, tubuhmu dengan keletihan dan kesukaran dan dada kamu dengan dukacita.
sekiranya engkau melihat baki daripada umurmu nescaya engkau melupakan baki angan-anganmu. Wahai anak Adam, dengan kesejahteraaan daripada-KU engkau mampu untuk melakukan ketaatan. Dengan taufik daripada-KU engkau mampu menuruti perintah-perintah-KU.
Dengan rezeki daripada-Ku jua engkau kuat melakukan maksiat kepada-KU. Dengan kehendak daripada-KU engkau menginginkan sesuat. Dengan kehendak daripada-KU engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-Ku engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-KU engkau berpetang-petang dan berpagi-pagi. Dengan nikmatku engkau berbolak-balik. Dengan afiat daripada-KU engkau bercantik-cantik tetapi kemudiannya engkau melupai-KU dan mengingati selain-KU. Maka kenapakah engkau tidak menunaikan hak-hakKU dan berterima kasih kepada-KU?.
Petikan Hadis Qudsi, Kitab imam Al-Ghaazali :
(Al-Mawai'z Fil Ahadis al-Qudsiah)
Leaving MINDEF... part 3 - Yellow Flood
-
*Teddy at the Manek Urai train station in the aftermath of the Yellow Flood
of 2014*
I still remember that afternoon break of which I spend lying down un...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan
aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.