13 Mac 2010

RUKUN ISLAM

Rukun Islam ialah salah satu faktor penting untuk seseorang itu menjadi seorang muslim, dan rukun islam seperti yang kita ketahui mempunyai 5 perkara yang mana ke lima-lima perkara ini haruslah di patuhi dan di buat tanpa di persoalkan kenapa kita di wajibkan melakukan perkara tersebut.
Rukun Islam ini terdiri daripada :

1. Mengucap dua kalimah syahadah

a. Asyhadu anla ila ha illallah, wa asy hadu annamuhammadarrasulullah

Maksudnya “aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah swt, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

2. Solat lima waktu sehari semalam

a. Subuh (2 rakaat)

i. Rasulullah SAW bersabda : “perbezaan antara kita orang mukmin dan orang munafik ialah orang mukmin itu tidak kuasa(malas) untuk mengerjakan solat subuh dan isyak”

b. Zuhur (4 rakaat)
c. Asar (4 rakaat)
d. Magrib (3 rakaat)
e. Isyak (4 rakaat)

3. Berpuasa di bulan ramadhan

a. Kita perlu berpuasa dari semua aspek selama sebulan, dari sudut lahir mahupun batin

4. Mengeluarkan zakat

a. Zakat pula perlu di keluarkan di atas banyak sebab dan banyak jenis zakat. Antaranya :

i. Zakat harta
ii. Zakat fitrah
iii. Zakat perniagaan
iv. Zakat ternakan
v. Zakat emas
vi. Dan sebagainya…

5. Mengerjakan haji d Baitullah(Mekah al-mukarramah) jika mampu

a. Sabda rasulullah SAW “jika seseorang itu mampu untuk sampai ke baitullah dari segi pengangkutan dan kesihatan tetapi dia tidak menyampaikan dirinya ke baitullah, maka tidak ada halangan unuk dia mati sebagai seorang yahudi mahupun nasrani”

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.