12 Mac 2010

RUKUN IMAN



1. Percaya kepada ALLAH SWT
a. Jika seseorang itu datang kepada Allah SWT dengan dosa sepenuh langit dan bumi tanpa dosa syirik nescaya Alah SWT akan mengampunkannya. Tetapi jika seseorang itu datang kepada Allah SWT tanpa...
dosa lain kecuali mensyirikkan Allah Swt nescaya Allah Swt tidak akan mengampunkannya.

2. Percaya kepada Para Malaikat

Malaikat itu terdiri daripada 10 yang utama :
a. MalaikatJibril menyampaikan wahyu
b. Malaikat Mikail member rezeki
c. Malaikat Israfil meniup sangkakala
d. Malaikat Izrail mencabut nyawa
e. Malaikat Munkar menyoal dalam kubur
f. Malaikat Nakir menyoal dalam kubur
g. Malaikat Raqib mencatat amalan
h. Malaikat Atid mencatat amalan
i. Malaikat Malik zabaniah menaga neraka
j. Malaikat Malik ridhwan menjaga syurga

3. Percaya kepada Para Rasul

Rasul pula terdiri daripada 25 orang :
1) Nabi Adam a.s
2) Nabi Idris a.s
3) Nabi Nuh a.s
4) Nabi Hud a.s
5) Nabi Soleh a.s
6) Nabi Ibrahim a.s
7) Nabi Luth a.s
8) Nabi Ismail a.s
9) Nabi Ishak a.s
10) Nabi Yaakub a.s
11) Nabi Yusuf a.s
12) Nabi Ayub a.s
13) Nabi Syuaib a.s
14) Nabi Musa a.s
15) Nabi Harun a.s
16) Nabi Dzukifli a.s
17) Nabi Daud a.s
18) Nabi Sulaiman a.s
19) Nabi Ilyas a.s
20) Nabi Ilyasa’ a.s
21) Nabi Yunus a.s
22) Nabi Zakaria a.s
23) Nabi Yahya a.s
24) Nabi Isa a.s
25) Nabi Muhammad Saw Al-Mustafa

4. Percaya kepada Kitab-kitabnya

Kitab-kitab dalam islam itu terdiri daripada 4 buah kitab :
a. Zabur = Nabi Daud A.s
b. Taurat = Nabi Musa A.s
c. Injil = Nabi Isa A.s
d. Al-Quran = Nabi Muhammad SAW

5. Percaya kepada Qada dan Qadar
Qada dan Qadar itu pula terdiri daripada Dua iaitu :
a. Qada dan Qadar yang boleh Diubah
b. Qada dan Qadar yang tidak boleh diubah

6. Percaya kepada Hari kiamat

Kiamat itu di sembunyikan oleh Allah Swt daripada semua hari..tetapi tanda-tandanya telah jelas pada hari ini. Antaranya :
a. Pokok buah-buahan berbuah tidak mengikut musim
b. Maksiat berleluasa
c. Pokok boleh bercakap
d. Waktu semakin singkat
i. Rasulullah SAW bersabda : “tidak akan datang kiamat itu sehingga waktu menjadi semakin singkat setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti sejam, sejam dirasakan seperti seminit, seminit dirasakan seperti sedetik”
e. Manusia berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.