Berfirman Allah Taala yang bermaksud :
Wahai Anak Adam, Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan-Nyadan para malaikat dan yang mempunyai ilmu (turut menyaksikan) bahawa ia mendirikan keadilan. Tiada tuhan melainkan-Nya yang maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama disisi Allah ialah islam, Barangsiapa yang menuntut agama selain islam, tidak sesekali diterima daripadanya dan di akhirat ia akan termasuk..
dalam golongan orang-orang yang rugi.
dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barangsiapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaatinya, maka berjayalah ia.
Barangsiapa yang tahu tentang syaitan lalu mengingkarinya, maka selamatlah ia.
Barangsiapa yang mengetahui kebenaran lalu menurutinya, maka amanlah ia.
Barangsiapa yang mengetahui tentang kebatilan lalu menghindarinya, maka berjayalah ia.
Barangsiapa yang mengenali syaitan dan dunia kemudian mengingkarinya, maka bahagialah ia.
Barangsiapa yang mengetahui akhirat kemudian menuntutnya , dia akan diberi hidayah. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada siapa yang ia kehendaki dan kepada-Nya
kamu semua akan dikembalikan.
Wahai anak adam, bilaman Allah telah menjamin rezekimu,mengapakah panjang keresahanmu?
Bilamana Allah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?
Bilamana Iblis musuh Allah bagaimanakah kamu boleh lupa tentang itu?
Bilamana balasan nanti neraka , mengapakah kamu masih istirehat?
Bilamanaganjaran Allah ialah Syurga, mengapakah kamu masih melakukan maksiat?
Bilamana tiap sesuatu itu adalah dibawah ketentuan-Ku, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?
Agar kamu tidak kecewa atas apa-apa yang hilang daripadamu, janganlah lupa diri saat gembira ketika ia datang kepadamu.
Dan Allah tidak mengasihi setiap yang dusta dan bermegah.
Leaving MINDEF... part 3 - Yellow Flood
-
*Teddy at the Manek Urai train station in the aftermath of the Yellow Flood
of 2014*
I still remember that afternoon break of which I spend lying down un...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan
aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.