10 Mac 2010

HADIS PILIHAN : 1

Berfirman Allah Taala yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan? Berapa banyak kamu mengatakan sesuatu sedangkan.....
kamu sendiri tidak mengerjakannya.

Berapa banyak kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri tidak melakukannya?

berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkan?

berapa banyak kamu mengumpulkan apa-apa yang kamu tidak makan?

berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari,kemudian dari setahun ke setahun untuk apa kamu menunggu? adakah kamu telah selamat dari mati? adakah kamu telah terlepas dari neraka dan telah terjaminlah keselamatan kamu dengan mendapat syurga? adakah antara kamu dan tuhan telah terjamin rahmat?

nikmat - nikmat telah menjadikan kamju tidak tentu arah. kebaikan telah merosakkan kamu. panjang angan-anganmu terhadap dunia telah menipumu. janganlah menuntut kesihatan dan kesejahteraan. (sekiranya kamu akan tertipu lagi dengannya)

hari - hari bagi kehidupanmu itu telah ditentukan dan nafas - nafas kamu dihitung. utamakanlah bagi dirimu untuk barang yang kekal bagimu di akhirat.

Wahai anak adam, sesungguhnya kamu mara bersama amalan kamu.

setiap hari umurmu semakin berkurangan semenjak engkau dilahirkan, maka bertambah hampirlah kamu kepada kubur sehingga kamu masuk kedalamnya.

Wahai anak Adam , perumpamaan hidup kamu didunia ialah ibarat lalat dimana setiap kali ia bertemu dengan madu ia akan lalai seolah-olah ia akan kekal padanya, begitulah engkau.
Demikianlah didunia ini, jangan menjadi seperti kayu api yang membakar dirinya dengan api orang lain.


Petikan hadis Qudsi, kitab imam Al-Ghazali
(Al-Mawai'z Fil Ahadis al-Qudsiah)

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.