Adab Rasulullah Dalam Berbicara
Apabila Rasulullah s.a.w.hendak memperkatakan sesuatu yang penting dan rumit atau pun jika yang hadir itu terlalu ramai hingga suaranya tidak dapat didengar maka baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali,Jika tidak baginda hanya menyebutnya sekali sahaja.
Sayidina Hasan r.a. meriwayatkan 'Daku meminta ibu saudaraku (sebelah ibu) yang sering menggambarkan
sifat- sifat Rasulullah s.a.w. agar dapat menceritakan kepadaku tentang cara dan adab Rasulullah s.a.w. berbicara. Lalu beliau memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. selalu risau (tentang akhirat), sering bertafakkur (tentang Allah dan sifat-sifat-Nya) atau memikirkan keadaan ummah dan lantaran perkara-perkara beginilah maka baginda tidak pernah berasa bebas daripada kerisauan. Sering sahaja baginda berkeadaan diam dan enggan bercakap melainkan atas perkara-perkara yang perlu sahaja. Apabila baginda bersabda maka sabdanya jelas, padat dan ringkas. Setiap percakapannya berbeza daripada yang lain jauh sekali daripada ketidakmusabahan dan kekeliruan). Baginda tidak cepat marah malahan tidak juga menghina orang lain.
Jenaka Rasulullah s.a.w.
Walaupun Rasulullah s.a.w. bersikap tegas terhadap orang yang berbohong tetapi dalam pergaulannya baginda pernah berjenaka dengan sahabat-sahabatnya tetapi tidak berkata dusta. Sebagai contoh, diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa seorang tua datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, tolonglah doakan agar Al-lah memasukkan daku ke dalam syurga.' Jawab Rasulullah s.a.w., 'orang tua tidak boleh masuk syurga,orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud;'beritahulah kepada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua tetapi Allah akan menjadikan semua wanita di syurga anak dara.' Perhubungan para sahabat dan semua orang dengan baginda merupakan hubungan yang penuh dengan kecintaan dan kewibawaan yang sempurna. Baginda tidak pernah berasa besar hati malah tidak rela dengan budi pekerti yang buruk. Kesederhanaan merupakan gambaran keseluruhan kehidupan Rasulullah s.a.w. Inilah suatu pernyataan yang jelas berkenaan kesantunan dan kelembutan tingkahlaku Baginda s.a.w.
Leaving MINDEF... part 3 - Yellow Flood
-
*Teddy at the Manek Urai train station in the aftermath of the Yellow Flood
of 2014*
I still remember that afternoon break of which I spend lying down un...
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan
aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.