05 Mac 2010

DERA KANAK-KANAK

KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati akibat cedera parah di seluruh badan termasuk bahagian kemaluannya dipercayai didera oleh ibunya sendiri dengan teman lelakinya, warga Sudan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Sakaruddin Che Mood berkata kejadian itu berlaku di Kondominium Reniville, Taman Puteri Batu 9, Cheras di sini.
Difahamkan pada 13 Okt lepas, wanita berusia 24 tahun itu yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di ibu negara telah menghantar anaknya yang sudah lemah dan tidak sedarkan...

diri ke hospital dan mendakwa menemui kanak-kanak itu dalam keadaan lebam seluruh badan sebaik pulang dari bekerja.
Sakaruddin berkata bedah siasat terhadap kanak-kanak tersebut mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada organ dalamannya.
Dipercayai wanita terbabit kemudiannya membuat laporan polis mendakwa anaknya mati akibat didera pembantu rumah ketika beliau keluar bekerja.
Beliau berkata polis mengesan suspek berkelakuan mencurigakan dan siasatan mendapati suspek tidak pernah dan tidak mempunyai pembantu rumah.
"Wanita berkenaan memberi keterangan palsu kepada pihak kami mengenai kejadian kematian anaknya dan siasatan mendapati dia sebenarnya tinggal bersama teman lelakinya itu, juga berusia 24 tahun dan seorang penuntut di sebuah kolej swasta di sini," katanya ketika dihubungi di sini malam semalam.
Kedua-dua suspek terbabit ditahan polis dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. BERNAMA


Komen RM ; dah gila agaknya manusia skrg ni smpi sggup buat anak sendiri sampai macam tu sekali...! beginilah jadinya jika hidup tidak berlandaskan paksi islam yang sebenarnya. haiwan pun takkan sanggup buat anak sendiri macam nie. patutnya orang macam ni tidak diberi peluang untuk memiliki anak. orang yang tak dapat anak berlambak lagi kat luar sana, sekalipun rasa anak tu membebankan bagi je la kat orang yang betul-betul ingin ade anak.



" Dalam manusia ada binatang, tetapi dalam binatang tiada manusia..."

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.