31 Mei 2011

SELAMAT PULANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kat sini RM nak ucapkan TAHNIAH n selamat kembali buat kawan - kawan yang berjaya masuk kat Politeknik Kota Bharu, rasa gembira pun ada jugak sebab kawan - kawan masa study Sijil kat Politeknik Kota Bharu nie...
lepas abis Sijil dulu sume bawak haluan masing - masing, tak pernah jumpa pon, tapi RM sendiri alhamdulillah lepas berehat 6 bulan terus dapat  tawaran sambung Diploma kat Politeknik Kota Bharu nie, ni pon tengah study la nie...

pada member2 yang dapat sambung Dip. jangan sia-siakan peluang nie, sebab dengar khabar semester depan dah last sem untuk pelajar integrasi, maksudnya lepas nie mana2 graduan Sijil kalau nak sambung Diploma sume kena ambik 3 tahun... banding ngan sambung sekarang kita just dapat setahun, untung la sikit sape yang ade hati nk sambung ijazah lepas nie..

abis je sambung ijazah xde la tua sangat kan? huhuhu
pape pon tahniah la kat Azman, Hidayah, Yatie, Nua, Naqiuddin... bab sumenye member2 time sijil yangg dapat sambung Diploma.. nasihat RM study la sungguh2... bab ambik Diploma xde la senang sgt..huhuhu

tambah kalau dapat pensyarah yang boleh buat kita stress lagi la susah nk study..huhuhu

ok lah semoga sume yg dapat smbung Diploma buat yang terbaik, sbb peluang datang sekali je... lagikan pisang pon berbuah sekali, apatah lagi rafflesia yang hanya berbunga sekali sekuntum seumur idop die...huhuhu


0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.