30 Mei 2011

RAFFLESIA ARNOLDII

Rafflesia Arnoldii adalah salah satu dari kumpulan Rafflesia. Ia dicatat sebagai Bunga terbesar didunia, dan bau daging busuk yang kuat sehingga mendapat jolokan 'Bunga Bangkai'. Ia adalah tumbuhan Endemik yang hanya wujud di hutan hujan
Bengkulu, Pulau Sumatera Indonesia dan di Malaysia. Walaupun terdapat bunga - bunga yang mempunyai organ - organ yang besar seperti Titan Arum dan palma Talipot. Secara teknikalnya Tumbuhan tersebut mempunyai banyak bunga tidak seperti Rafflesia yang hanya mempunyai sekuntum bunga sahaja.



Kuntum Bunga Rafflesia Arnoldii di muzium Kyoto

HURAIAN RAFFLESIA ARNOLDII

Beberapa spesies ini tumbuh dengan banyaknya di Hutan Asia Tenggara, termasuk Filipina. Namun banyak daripada bunga - bunga tersebut terancam dan hampir musnah. Arnoldii adalah Rafflesia terbesar yang dicatat dengan diameter sekitar 1 Meter(3 kaki) dan berat sehingga 11 Kilogram(24 lb).

Ia hidup sebagai parasit pada tumbuhan menjalar dari jenis Tetrastigma, yang hanya tumbuh di kawasan primer(kawasan yang tidak pernah diusik) Hutan Hujan. Rafflesia adalah tumbuhan yang tidakmempunyai batang, daun bahkan akar juga, namun masih dianggap tumbuhan vaskular. Sebagaimana kulat, tisunya juga tumbuh sebagai benang yang dibenamkan dengan sedalam - dalamnya kedalam perumah sehingga mudah untuk memperolehi Nutrisi dan air.

Tumbuhan ini tidak menghasilkan batang, daun mahupun akar serta tidak mempunyai klorofil. Ia hanya boleh dilihat setelah ia bersedia untuk membiak. Mungkin hanya sesetengah bahagian Rafflesia yang dikenalpastikelihatan seperti tumbuhan iaitu 'Bunganya'.



Walaupun ia agak luarbiasa sejak mereka(R. Arnoldii) mengeluarkan bahagian - bahagian yang besar, mempunyai warna coklat kemerah - merahan dan berbau busuk sehingga mendapat gelaran 'bunga mayat'. bau ini menarik serangga - serangga seperti lalat untuk mendebungakannya.

PEMBIAKAN

Rafflesia Arnoldii adalah suatu yang jarang dijumpai dan sangat susah untuk dikesan lokasinya. Terutamanya untuk dikesan tunas - tunasnya didalam hutan dan ianya mengambil masa berbulan - bulan sedangkan ianya hanyalah berkembang bagi beberapa hari sahaja. Bunga ini adalah yang hanya mempunyai satu jantina sahaja,dan jurang antara bunga jantan dan betina haruslah dekat bagi memastikan pendebungaan berjaya, ini menjadikan pendebungaan yang berjaya adalah suatu aktiviti yang sangat jarang dijumpai.

Apabila rafflesia bersedia, satu tunas akan muncul dan ianya akan mengambil masa setahun untuk berkembang, ianya seperti kubis dan akhirnya ia akan menyingkap helaian demi helaian sehingga ia berkembang menjadi kuntum bunga. Stigma atau stamen disertakan didalam bunga tersebut. satu bau busuk akan menarik lalat dan bunga untuk mendebungakannya, untuk menjayakan pendebungaan lalat atau kumbang harus menghinggap kedua - dua bunga jantan dan betina.

STATUS PEMULIHARAAN

berapakah bilangan bunga ini yang masih wujud tidak dapat dipastikan, tetapi ia boleh diandaikan bilangan mereka semakin berkurangan selari dengan musnahnya hutan primer di Kalimantan dan Sumatera. Ramai yang mengetahui ia hampir pupus, justeru itu pencinta alam memikirkan beberapa cara untuk mewujudkan kembali persekitaran spesies ini, dalam satu usahan untuk memulihara populasi spesies ini.

Cara ini tidak menampakkan kejayaan secara keseluruhan namun usaha ini masih diteruskan. langkah - langkah juga sedang diambil untuk mempertahankan hutan Kalimantan dan Sumatera. Di Malaysia, tunasnya digunakan untuk memulihkan ibu - ibu yang baru sahaja melahirkan anak. bagi memulihara bunga ini, sesiapa yang mempunyai bunga ini diatas tanah persendirian digalakkan untuk mempertahankan bunga ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya ingin komen di blog ini.saya mencari sebab rafflesia bukannya fakta.but your information is well done





thank you

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.