27 Mei 2011

MASJID DIRAJA PALOH 02

Paloh 02, terletak di antara Kuala Krai dan Gua Musang serta menjadi laluan penting kepada mereka - mereka yang ingin pulang ke Kota Bharu atau mana - mana bandar di kelantan dari Kuala Lumpur, Kuala Lipis, Bentong dan sebagainya, pasti akan melalui
kampung Paloh 02.

Massjid dalam pembinaan

Memandangkan perjalanan yang agak jauh daripada Gua Musang untuk sampai ke Kuala Krai. Selain daripada hentian R&R tiada hentian untuk berehat sehinggalah sampai di Chuchuh Puteri.

Menyedari kepentingan rehat dan solat bukan sahaja menjadi kepentingan kepada penduduk kampung Paloh 02 tetapi juga kepada  mereka - mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung, satu masjid Diraja telah dibina berhadapan dengan kampung Paloh 02.

Masjid sedang dibangunkan.

Pembinaan Masjid ini telah dirasmikan sendiri oleh YAM Tuanku Ismail Petra Sultan Kelantan pada masa itu. Semasa perasmian tersebut seluruh penduduk kampung keluar bagi meraikan keberangkatan tiba Tuanku Ismail Petra dan Rombongan serta memeriahkan lagi majlis Perasmian tersebut.




 Jika ada yang perasan, Masjid ini terletak di sebelah kanan jika menuju ke bandar Gua Musang dari bandar kuala Krai.

Bahagian dalam masjid

Salah satu pintu masuk Masjid

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.