29 Mei 2011

FAKTA RAFFLESIA


 
Scientifics Classification
Kingdom
Plantae
(Unranked)
Angiosperms
(Unranked)
Eudicots
(Unranked)
Rosids
Order
Malpighiales
Family
Rafflesiaceae
Genus
Rafflesia

Rafflesia adalah genus berbunga parasit. Ia mengandungi lebih kurang 27 Jenis kesemuanya (termasuk Empat yang masih belum disahkan statusnya dijumpai oleh
Willem Meijer pada 1997), kesemua jenis Rafflesia ini ditemui di Asia Tenggara, di Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera dan filipina.

RAfflesia dijumpai di dalam hutan hujan Indonesia oleh Penunjuk Arah Indoniesia yang bekerja dengan Dr. Joseph Arnold pada 1818, dan dinamakan sempena dengan nama Sir Thomas Stamford Raffles, Ketua ekspedisi. Ia sebenarnya dijumpai terlebih dahulu oleh Louis Deschamps di Jawa antara 1791 dan 1803, namun nota dan ilustrasinya dirampas orang - orang British, dan tidak dibuka untuk kajian sains Barat sehingga 1861. 



Tumbuhan tersebut tidak mempunyai Daun, Tangkai ataupun Akar yang betul - betul dijumpai. ia adalah Endoparasit tumbuh - tumbuhan menjalar dalam genus Tetrastigma(Vitaceae) menyebarkan organ serapannyanya, Haustorium, didalam tisu tumbuha - tumbuhan menjalar yang lain. satu - satunya bahagian yang boleh dilihat pada Tumbuhan menjalar sebagai perumah ialah lima kelopak bunga.Pada sesetengah spesies, seperti Rafflesia arnoldii, bunga tersebut boleh mencapai sehingga 100 sentimeter(39 Inci) bagi Diameternya, dan beratnya boleh mencapai 10 kilogram(22 lb). Walaupun bagi spesies terkecil, R. baletei, mempunyai diameter 12cm bagi kelopaknya.




Bunga tersebut mempunyai bentuk dan bau seperti daging yang reput, nama tempatannya adalah 'bunga mayat' atau 'bunga daging'. Bau tersebut menarik serangga seperti lalat, yang mana mengankut/menyebarkan spora dari bunga jantan ke bunga betina. Kebanyakan bunga terpisah antara bunga jantan dan bunga betina, namun ada juga beberapa bunga yang mempunyai Biseks. Kaedah sebaran bijinya kurang diketahui




Rafflesia, adalah bunga rasmi bagi negara Indonesia, juga negeri Sabah di Malaysia dan juga di Surat Thani Province Thailand



Nama 'Bunga Mayat' ini mengelirukan kerana nama ini biasanya merujuk kepada Titan Arum(Amorphophallus titanum) didalam keluarga Araceae. Tambahan lagi, kerana Amorphophallus mempunyai bunga tidak bercabang terbesar dunia, ia kadang - kadang disalah anggap sebagai bunga terbesar dunia. kedua- dua Rafflesia dan Armophophallus adalah tumbuhan berbunga, namun mereka sangat jauh untuk berkaitan antara satu sama lain, Rafflesia Arnoldii adalah bunga tunggal terbesar. sekurang - kurangnya bila salah satunya dibezakan dengan beratnya. Armophallus titanum mempunyai bunga tidak bercabang terbesar di dunia, sementara palma Talipot(Corypha umbraculifera) membentuk bunga bercabang terbesar didunia, mengandungi beribu - ribu bunga, tumbuhan ini adalah monocarpic, bermaksud ia akan mati selepas berkembang. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.