17 Mei 2011

KENA BERDIRI DALAM KELAS

huhuhuhuhuhuhu......

arini RM xtau nk rasa sedih or bangga, or marah, sakit ati, kecewa, suka... sume bcampur aduk, xtau r nk ckp mende... badan letih2 lepas buat semaian anak benih lada untuk projek fertigasi. masuk kelas kena pulak
berdiri 2 jam dalam kelas, macam budak sekolah pon ade jgk...

alkisahnya macam nie, harini RM ade tolong sorang pensyarah untuk semai benih lada kat bengkel pertanian, sebab RM je yang buat keje dengan bantuan pensyarah tu. so nak siapkan keje tu agak lama jugak le, dari bersih tray, masuk medium semaian, bancuh larutan untuk elak benih bkulat, semai benih... siram... hadoiiiiiiiiiiiiii nak abiskan dkt 14 Tray tu lama jugak le.

then kelas pukul 11, keje byk ag.. tpaksa la RM mintak diri ngan pensyarah tu.. tup2 masuk kelas RM dimintak berdiri pulak dalam kelas 2 jam sebab lewat msk kls, lwt pon dalam 10 minit je... tapi nk buat mcm mna kan? nak tak nak RM time je la...

gpon mmg RM yg silap, time skolah dlu RM pon pengawas, n RM tau ape hukuman kalau org tu lewat smpi kat skolah.. so RM redha jela ngan hukuman nie, sebab yang salah tetap salah....!


tapi nasib baik gak la... lepas bdiri lebih kurang 1 jam suku dapat duduk gak.. huiiiii...! panas betoll dah le baru lepas buat keje, pakai baju bengkel lagi.....hahahahahaha


5 ulasan:

Muhammad Fadhil berkata...

same lah, aku pun pernah gak berdiri sejam datang lambat kelas~ huhuhu

rizwan berkata...

huhuhuhu.... nasib le, yg xtahan kalau kawan2 buat2 memek cam perli kita plak... lg r sakit ati....

Muhammad Fadhil berkata...

name pun kawan bro, kalau tak kene perli bukan kawan ar...huhuhu

rizwan berkata...

emmmm btoll gak tu, mntang2 kite yg kena, hahaha

ade satu kelas lagi sape lewat kene lelong... klu mmbr aq tu yg kna siap r aq gelakkan...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

kesian betolll ek......hahahaha

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.