13 Ogos 2010

MAAF

Assalamualaikum w.b.t.

sebenarnya tujuan utama RM menulis pada catatan kali ini adalah untuk meminta maaf kepada semua pengunjung blog RM disebabkan dah lama tak update, ni semua berpunca dari kekangn masa dan juga kekangan internet yg lembap.


sekarang ni Streamyx tak leh pakai sebab kabel telefon dah kena curi, mmg hantu betul sape yang curi kabel ni. menyusahkan semua orang. RM berharap Allah SWT membuka pintu hati mereka untuk bertaubat.

selain tu, RM juga nk ambil kesempatan kat sini tok ngucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat islam di seluruh dunia.



di kesempatan ni marilah sama - sama kita mencari keredhaan ALLAH swt dengan memperbanyakkan ibadat untuk mencari seberapa banyak Pahala bagi di jadikan bekalan untuk akhirat kelak.

walaupun banyak cubaan dan dugaan di bulan puasa ni RM harap semua umat islam dapat menjalani ibadah puasa tanpa terkandas di siang hari.

dan RM berharap dengan berpuasa ini dapat menyedarkan kita bahawa betapa susahnya hidup seorang fakir, dan betapa sukarnya rakyat Palestin yang ingin meneruskan hidup.

sebelum tu RM ingin memohon maaf kepada sema jika sebelum ni ade tulisan - tulisan RM yang menyakiti hati mana - mana pihak.

akhir kata, SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA MUKMIN DAN MUKMINAT.

ALLAHUAKBAR.......
ALLAHUAKBAR.......
ALLAHUAKBAR.......

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.