24 Ogos 2010

'BENDERA' TERLALU BIADAP

Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.


Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang
 mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.
Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini. Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.
 Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

- Bernama

Pada Pandangan RM 'BENDERA' terutamanya pemimpin - pemimpin mereka di kenakan tindakan tegas kerana mencabul hak serta kedaulatan undang - undang antarabangsa. Walaupun serumpun nampaknya kumpulan BENDERA langsung tidak memberi muka kepada kita rakyat malaysia walhal seperti di ketahui umum ramai dalam kalangan rakyat indonesia yang datang untuk mencari rezeki di Malaysia.

Tindakan ini amatlah mengecewakan rakyat Malaysia Seluruhnya walaupun di bulan yang mulia ini namun kumpulan BENDERA ni nampaknya memang layak di panggil kumpulan pengganaskerana hanya pengganas yang tidak tahu menghormati ISLAM serta bulan Ramadhan yang mulia ni.

Walaupun di ancam seperti mahu diusir dari bumi indon RM amat berbangga dengan rakyat Malaysia yang sememangnya mempunyai etika serta disiplin yang tinggi dan juga amat profesional dalam hal ini yang mana tiada suatu kumpulan yang melakukan pemberontakan dan demonstrasi seperti yang di lakukan oleh Lotong - Lotong di dalam Kumpulan BENDERA.

Selain daripada rakyat malaysia, rakyat Indon yang berada di Malaysia juga meluahkan rasa yang teramat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh manusia yang tidak bertamadun(seluruh Ahli kumpulan BENDERA).

jadi RM ingin menggesa agar seluruh rakyat Malaysia menekan RTM agar mengharamkan terus drama - drama dari Indon dengan ini secara tidak langsung rakyat Indon akan merasa tertekan kerana ekonomi mereka dipengaruhi oleh kemerosotan permintaan terhadap drama - drama mereka secara tidak langsung rakyat merekalah yang akan menekan kerajaan Indonesia agar memberikan hukuman yng berat terhadap seluruh ahli BENDERA.

satu lagi gambar yang RM baru jumpa.. nampak pakai kopiah ngan serban tapi perangai macam bapak setan...xde iman langsung(kesabaran).


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...
sy amat tertekan dgn anggota bendera yg menyerang kedutaan Malaysia di Jakarta dgn Najis,kebiadapan mereka seumapama najis yang di lumur pada tangan mereka sendiri..
Adakah mereka tahu 1% (2 juta org) dari rakyat mereka mencari rezeki di Malaysia itu pun yang datang cara yg sah, x termasuk PATI.
jikalau negara mereka bagus sgt kenapa perlu datang kemari?
dan kadar jenayah yg berlaku disini banyak yg di lakukan oleh rakyat mereka yg rakus di malaysia, kerana malaysia di anggap oleh malaysia amat damai dan berperikemanusiaan.
semoga para menteri dan para pemerintah mengurangkan kadar kemasukan rakyat indonesia ke malaysia, dan bagi pihak imigresen lebih mematau kemasukkan para PATi, kenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka, orang2 kita sepatutnya lebih tegas dengan mereka jangan lagi bagi muka pada mereka, mereka ini diibarat seperti melepas anjing tersempit.


wasalam

Isham Mohd nor
Shamohd_nor1@yahoo.com.my

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kpd. semua pembaca yg mengikuti blog ini. Kita brharap sesiapa saja yg membacanya punyai kecintaan & sayang dgn tanah air kita yg bakal menyambut hari kemerdekaan pd 31/8/10.Kita harus faham konsep kmerdekaan yg kita perolihi ini sebab telah banyak kesukaran, penjajahan dan kompromi yg kita korbankan. Kita melalui banyak proses dan dugaan yg Allah tetapkan sebelum mencapai KEMERDEKAAN ini.. akhirnya dengan penuh kesabaran kita kecapinya hari ini. Oleh itu pertahankanlah KEDAULTAN negara Malaysia degan penuh kesetian. Pengalaman setelah di jajah oleh Portugis,Belanda,British, Jepun & British membuatkan kita ini lebih bertuah kerana pengajaran & kemerdekaan yg kita kecapi membuat kita lebih matang dan matang dalam mengharungi kemelut antara jiran kita.Kita juga nyaris tak berpeluang sekiranya Tanah Air ini di dapat ke pada KOMUNIS ... TAPI ALHAMDULILLAH kerana kita bersatu dan mempunyai akal yang waras kita berjaya mengecapi KEMERDEKAAN ini dengan lebih bangga.Jangan jadi macam JIRAN kita yang biadap dan mereka menunjukan kebodohan mereka siapa sebenarnya mereka. yg jenis pendek akal boleh jadi tak berpelajaran dan tak beriman.

Rizwan Menulis berkata...

salam..

memang dorang nie jenis tak mengenang budi, walaupun serumpun mereka tetap angkuh.. terbaru mereka menuduh malaysia sebagai pengeluar dadah jenis syabu terbesar di dunia bkankah ia juga suatu penghinaan? padahal kakak - kakak, abang - abang, adik, ayah, ibu mereka lah yang datang ke malaysia untuk ,mencari rezeki untuk dihantar ke sana.
dan melihat kepada perkembangan terbaru masalah nie koordinator 'BENDERA' menyeru agar semua pekerja indonesia di malaysia di gesa pulang. RM ingatlah kalau betul pekerja warga indonesia setuju untuk pulang ke indonesia ibarat cubaan menempuh kehidupan yang sukar, kerana kalau di negara mereka mempunyai peluang pekerjaan yang mampu menampung pekerja mereka mana mngkin sehingga 2 juta orang yg datang? tu pon secara sah. yang tak sah? lebih 5 juta orang. ada tak kita dengar rakyat kita menyeludup masuk ke negara mereka? dah tentu tak pernah sebab kita dah ade negara yg cukup bagus untuk bg peluang pekerjaan kepada kita.

Tanpa Nama berkata...

skang nie mereka di landa bencana ag, Malaysia jgn hulur bantuan...!

Unknown berkata...

Alah yg demo tu byk kena sogok,lagipun org kafir sana punya kerja

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.