15 Ogos 2010

HADITH TENTANG RAMADHAN

Bulan RAMADHAN merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan.kedatangannya selepas 2 bulan yang tidak kurangnya juga keiistimewaan iaitu Rejab dan Syaaban. bagi menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah swt sepanjang Ramadhan ini disini RM mengisi beberapa hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadhan ini  :-

1) Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah saw " apabila datangnya Ramadhan dibuka segala pintu - pintu syurga, ditutup segala pintu - pintu
 
 neraka dan diikat segala syaitan"
- hadith di keluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi

2) Daripada Abu Hurairah telah bersabda Rasulullah SAW "barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa - dosanya yang telah lalu"
- Riwayat Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi

3)Abu Hurairah telah berkata : aku telah mendengar rasulullah saw bersabda bermaksud "sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan jumaat antara jumaat ialah penebus kepada segala apa antara keduanya. Dan bulan kepada bulan iaitu ramadhan merupakan kaffarah kepada keduanya kecuali melainkan tiga golongan
i. syirik kepada Allah swt
ii. meninggalkan sunnah
iii. meninggalkan perjanjian
lalu Abu Hurairah berkata " Ya Rasulllah sesungguhnya syirik kepada Allah telah kami ketahui, tetapi apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?" Baginda Saw menjawab "adapun perjanjian ialah kamu membuat perjanjian dengan orang lain kemudian kamu melanggarinya serta kamu membunuh orang itu dengan pedang kamu, adapun meninggalkan sunnah pula ialah maka keluar daripada jamaah(islam)"
Hadith riwayat Al-Hakim, Ahmad dan Baihaqi

4) Daripada Abu Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata "Rasulullah Saw telah bersabda yang bermaksud "setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, puasa maka ia dalah untukku dan aku akan membalasnya. Dan puasa adala perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka ia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggalkan puasa. sekiranya dia dihina atau diserangmaka dia berkata "sesungguhnya aku berpuasa demi tuhan yang mana diri nabi muhammad ditanganNYA maka perubahan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat dari bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraannyayang mana dia gembira sewaktu berbuka dan gmbira dengan waktu berbukanya serta bergembira ketika berjumpa Allah Swt dengan puasanya"
Hadith Riwayat : Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.


PENERANGAN HADITH

1) Semua adith menceritakan kelebihan - kelebihan bulan Ramadhan agar kita sama - sama menghidupkannya dengan amalan sunat.

2) Pintu syyurga dibuka sepanjang Ramadhan manakala pintu Neraka pula ditutup. ini menggambarkan betapa Allah Swt mengasihani hambanya yang taat beribadat dan menurut segala perintahnya.

3) Syaitan diikat sepanjang Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kta perlu ingat bahawa Nafsu yang ada pada kita akan sentiasa menjerumuskan kita ke lembah yang hina jika kita terlalai.

4) pentingkan keikhlasan dan keimanan dalam ibadat kita.

5) Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, dan menghapuskan dosa - dosa kita yang silam jika kita benar - benar bertaubat.

6) kita meti menghidupkan sunnah yang paling besar iaitu berdiri di dalam jemaah islam dan menggerakkan apa yang tersangat penting kepada kita umat islam iaitu mengembalikan sistem khulafa islam.

7) Jauhkan syirik kepada Allah swt samada berbentuk perbuatan, percakapan, dan niat. Kita mesti mematuhi perjanjian selagi tidak melanggar hukum syarak.

8) Kita mesti berpuasa semua anggota bukan sahaja pada makan dan minum.

9) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi.

10) Orang berpuasa akan mengecapi dua kenikmatan iaitu kenikmatan ketika waktu beruka dan kenikmatan ketika berjumpa dengan Allah swt di akhirat kelak.

11) Di dalam berpuasa kita endaklah banyak bersabar. Dan jangan suka berbual kosong yang mengarah kearah mengumpat. Kita juga janganlah meinggikan suara.

sumber : Ramadhan 1427

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.