02 Jun 2010

AL-ARQAM : AJARAN SESAT YANG PATUT DI HAPUSKAN

SATU persatu kisah membabitkan kumpulan pengikut Allahyarham Asaari Muhammad, dipaparkan media. Bermula dengan konsert simbolik memaparkan bekas pengasas Al-Arqam di katil hospital, laporan terbaru media semalam, kisah isteri kedua beliau, Hatijah Aam melancarkan....
buku bertajuk Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim. Dalam buku itu beliau mendakwa, tsunami yang melanda Acheh, Indonesia pada 2004 adalah atas kehendak dan perintah Asaari. Sebelum itu, Hatijah mendakwa mendengar suara suaminya yang terkenal dengan panggilan Abuya - supaya minta merelakan pemergian beliau secara fizikal.


Abuya tidak mati tetapi ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat. Inilah kisah yang mencerminkan kekalutan dan kecelaruan pendirian serta pemikiran pengikut Asaari yang taksub bahawa beliau tidak mati dan bakal kembali memimpin umat akhir zaman. Rentetan peristiwa atau kronologi selepas al-Arqam diharamkan pada 1994, membuktikan doktrin Asaari tidak lenyap selagi tidak ada tindakan tegas dan sistematik diambil. Dalam tempoh 16 tahun sejak 1994 hingga 2010, terbukti banyak perkembangan berlaku pada Asaari dan membabitkan kalangan pemimpin kanan mahupun pengikut tegarnya.

Justeru, di mana sebenarnya pemantauan pihak berkuasa agama negeri mahupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mendakwa sentiasa mengikuti perkembangan pertubuhan yang diharamkan itu? Kenapa Hatijah berupaya menerbitkan bukunya kalau beliau dipantau pihak berkuasa? Bagaimana konsert memperingati Asaari selepas seminggu kematiannya boleh dilangsungkan? Ketegasan pihak berkuasa amat kritikal dalam membanteras kumpulan ajaran sesat yang bukan saja sudah lama bertapak malah banyak juga yang baru muncul sehingga mampu merekrut puluhan hingga ratusan pengikut. Mungkin jika pihak berkuasa lebih tangkas, sesebuah kumpulan ajaran sesat tidak mampu berkembang. Dalam kes Al-Arqam, pihak berkuasa perlu menyekat perkembangan sekarang serta-merta.

Tempoh pemantauan sudah tidak perlu lagi, sebaliknya individu yang disyaki mesti dipanggil untuk siasatan. Apabila menyedari ada kalangan bekas pemimpin kanan pertubuhan itu mahu menghidupkan semula Al-Arqam, apakah mereka akan dibiarkan terus bebas menyebarkan fahaman menyesatkan itu? Doktrin Asaari mesti dikikis.

Pemulihan akidah perlu menyusul selepas itu. Membiarkan mana-mana individu yang masih memegang Aurat Muhammadiah bermakna mengizinkan mereka menyebarkan fahaman itu kepada lebih ramai orang. Jelaslah, pihak berkuasa agama perlukan maklumat terperinci mengenai setiap bekas ahli Al-Arqam untuk memudahkan misi pemulihan mereka. Sikap ‘memantau’ sudah tidak sesuai kerana terbukti percubaan menghidupkan semula kumpulan dan ajaran itu sentiasa dilakukan dari masa ke semasa dalam tempoh 14 tahun ini sejak Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkannya pada 1994. Kini tiba masanya tindakan bersepadu diambil bagi membanteras sepenuhnya ajaran sesat seperti Al-Arqam.

 Di petik dari : Berita Harian

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

al-aRqam?..
Abuya?..
Kenapa Sesat?
Apa sebabnya?
Apa yang membuatkan ajaran ust.ashari sesat?
Mohon Penjelasan..

Umar berkata...

kepada yang bertanya

ana mencadangkan supaya anta bertanya kepada yang lebih arif seperti JAKIM, Majlis Fatwa, Jabatan Agama Negeri dan sebagainya

http://www.e-fatwa.gov.my/
http://www.islam.gov.my/

Tanpa Nama berkata...

al arqam meyesatkann umat islammm ada ke patut seorang bapakk tgglkan anakk bini dgn hutang sini sana just tuk ikut kumpulan al arqam pi INDIA!!!!dengann xkerjaaa.....skangg bodoh laaaa uztaz2 yg dok ikut arqamm...seorang anak yg wlpn msh mentah tahuu ertii logic and agama....

Tanpa Nama berkata...

knpe tade ketelitian semasa menulis?
penh selidik secara medalam ttg al arqam?
anda tahu apakah aktivti al arqam sbnr nye?


maaf brtnye.

Tanpa Nama berkata...

rilek`s ler bro..orang biadap tue memang takder adab lue buat dek jer

nahwanz berkata...

saya pelik jika org masih mempersoalkan kesalahan al arqam.

kepada yang masih tidak tahu, al arqam adalah isu besar. bermasalah dalam perkara pokok iaitu aqeedah.

saya nasihatkan, mereka yang tidak faham bukan setakat menilai sesuatu dari emosi.

Bacalah buku, di universiti sudah banyak thesis dihasilkan dalam kajian master atau phd beberapa tahun berkenaan ajaran al arqam, atau tarikatnya, aurad muhammadiyah.

kaji dan bandingkan dengan aqeedah kita. bukan setakat tahu sedikit, lalu marah jika org menulis ttg al arqam.

saudara blog ni cuma quote dari berita harian. bukan kata2 dia pun. apa yg anda baca cuma sedikit. jika anda membuat kajian, x perlu mendalam pun sudah tahu.

antaranya:
1. amalan taqiyyah (menghampiri syiah).
2. yaqazah (bercakap dan bertemu rasulullah secara sedar).
3. penambahan syahadah.
4. mengatakan imam mahdi dari golongan jawa, sedang sunnah mengatakan dari bangsa arab.


saya menyeru agar mereka yang bertanya ini, selidikilah secara ilmiah. dunia teknologi makin berkembang. boleh saja cari. tapi perlu panduan. jika anda sendiri masih tidak faham apa itu aqeedah, jgn marah dulu. kajilah aqeedah ahli sunnah wal jamaah betul2.

insya-allah.

Tanpa Nama berkata...

betul ke bro ko ckp sume ni? tp pelikkan jenazah dia muka tersenyum mcm nmpk syurga. sedangkan kematian itu sakit dan tidak akan tersenyum seseorang itu semasa mati melainkan takwa yg ada pada diri nya. dan bgtau aku kenapa plak salah bila bjumpa rasullulah secara live? dan sesiapa yang selalu selawat pada nabi akn dtg nabi pd nya. dan jika diberitahu pd sume org,org akan kata sesat,sedangkan tiada seekor keturunan syaitan dan jin skali pun yg boleh mengaku dia nabi muhammad. sebab nabi muhammad maksum dan terpelihara dari kejahatan dan kepalsuan. dah ramai dah jumpa nabi muhammad dlm waktu sedar.nak jumpa nabi? selawat la tanpa putus dan zikir la tanpa putus.

memmetlenggeng berkata...

Ini pendapat saya :
http://memetlenggeng.blogspot.com/2012/08/al-arqam.html

memmetlenggeng berkata...

ini lagi satu pendapat personal :

1.Hidup mati kuasa Tuhan. Pengetahuan manusia biasa seperti kita tentang alam kematian adalah amat terbatas.

2.Telah dinyatakan dengan terang, Rasullullah itu mati. Sila fikir dengan waras untuk menyebarkan berita jika anda kata anda(atau sesiapa sahaja) telah berjumpa dengan Rasulullah.

3.Katakanlah anda percaya anda (atau sesiapa sahaja) telah berjumpa dengan Rasullullah, simpan sahaja dalam hati kepercayaan anda itu, jangan di sebar. Tahukah anda kenapa? Didalam dunia ini ada berbagai ragam jenis manusia. Jika kepercayaan anda diterima oleh masyarakat, masyarakat akan menjadi lebih huru-hara dan lebih ramai penyampai-peyampai seperti anda akan wujud untuk menyampaikan bermacam-macam mesej dari 'alam ghaib'. Hasilnya juga, akan lebih banyak manusia yang akidahnya terpesong.

4. Tentang rupa paras seseorang dalam menghadapi kematian. Rujuk balik kepada perkara no. 1. Tetapi saya ingin menunjukkan dua contoh di sini :

a) Mungkin ada orang yang mati dalam keadaan tersenyum kerana sedang ditipu oleh syaitan semasa dalam sakaratul mautnya.

b) Mungkin orang ada orang yang mati dalam keadaan mukan masam kerana sedang menolak syaitan semasa dalam sakaratul mautnya.

(wallahualam bisawab - sekadar contoh kemungkinan- tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun sudah mati. Benar atau tidak agakan kita itu, Tuhan yang menentukan, kita manusia harus selalu bersangka baik!)

Saya bukanlah si cerdik pandai agama. Tetapi demikianlah pendapat saya. Jangan terlalu mudah untuk menjatuhkan hukuman. Kerana mati itu adalah rahsia Tuhan. Kita tidak pernah tahu berapakah jumlahnya dosa dan pahala kita di dunia ini, mahupun dosa pahala umat manusia yang lain. Semoga semua umat muslimin terdahulu, sekarang dan akan datang sentiasa dilimpahi rahmat-Nya

Tanpa Nama berkata...

org meleyu mmg senang kene tipu dgn benda2 sesat ni..muka senyum masa nak mati kira ahli syurga la..mangkok btul

Tanpa Nama berkata...

lailahaillallah....setiap yg terjadi semuanya atas kehendak allah s.w.t,knpa isteri dia ckp yg tsunami semua 2 suami dia yg perintahkan terjadi??masyallah....sama2 la kita doakan semoga mereka kembali ke jalan yg benar...amin ya rabbal a'lamin,,

GFSJSGFB berkata...

tolong la yaallah..TUNJUKKNLA JLN YG BNAR KPD MEREKA YG T'PENGARUH DNGN AJARAN INI...
AMIN

Tanpa Nama berkata...

islam mganjurkn kta bsderhana dlm ibdat...jka ada kkeliruan rjuk hadis n alquran...jgn tlalu tksub kpd org hgga mybbkn akidah kta tpesong...igtlah...amalkn apa yg btol...jka x tau,,slidik btol2...jgn main lantak je ikot org yg ntah apa2...aku btol2 kesian kt org yg bru nk knl agma kta bwk plak die ke jln x btol...nauzubillah...alhamdulillah sbb makbpk n guru2 aku sntiasa igtkn aku..."kalau masok u,,jgn ikut apa2 jemaah...amalkn je stkt yg kta tau spy x trikut syiah,al arqam n byk gk"..n alhmdulillah sbb pnulis blog ni brusaha utk mgigtkn saudara seislam...smaga Allah merahmati saudara...

Tanpa Nama berkata...

Iskw

Tanpa Nama berkata...

Ada fitnah dalam blog ni

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.