08 Mac 2011

Siri Jelajah Dr. Afifi 1 : Dilantik AMAAIAMP

IPOH 2 Julai - Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Datuk Dr. Syed Jaafar Syed Azman dan Pensyarah Pusat Pendidikan Islam Oxford, Dr. Muhammad Afifi al-Akiti menerima Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAAIAMP), semalam.

Majlis penyampaian watikah disempurnakan oleh
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota MAAIAMP, Surat Lantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah dan Penyampaian Cek Perkapita Sekolah Agama Rakyat dan Tadika Islam Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Abdul Rahman Hashim; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalluddin Al Amini Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.



Selain itu, pegawai masjid, Hamid Ahmad menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Parit Buntar.

Sementara itu, Raja Dr. Nazrin turut menyampaikan bantuan perkapita berjumlah RM2.6 juta kepada sekolah menengah dan rendah agama dan tadika Islam di seluruh negeri ini.

Antara penerima sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Rakyat Integrasi Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) melibatkan 650 kelas, Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (23), Sekolah Menengah Agama Rakyat (10), Sekolah Rendah Agama Rakyat (15), Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (dua) dan Tadika Islam Perak (75).
Sekolah itu masing-masing menerima bantuan antara RM3,492 hingga RM1 juta.

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.