10 Mac 2011

PALOH 02 KAMPUNG HALAMAN TERCINTA


Kampung Paloh 02 ditubuhkan selepas Lemabga kemajuan kelantan Selatan(KESEDAR) ditubuhkan mengikut akta 203 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1978. pengisytiharan penubuhan KESEDAR di lakukan di Kampung
Batu Gajah, Tanah Merah Kelantan pada 5 Mac 1978 oleh Kerajaan


Logo bagi Gerakan Daya Wawasan(GDW) Kampung Plaoh 02
Menggunakan konsep 'Ala Kelantan' Kampung paloh 02 ditubuhkan pada 12 Ogos 1980, Kampung Paloh 02 adalah salah satu Rancangan Kemajuan Tanah(RKT) yang ditubuhkan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR) selain daripada Rancangan Kemajuan Tanah(RKT) Paloh 01, Paloh 03, Chalil dan Lebir.

Untuk sampai ke Kampung Paloh 02, pengunjung Boleh menggunakan jalan darat iaitu Lebuhraya Gua Musang - Kuala Krai dengan menaiki Bas, Teksi ataupun memandu sendiri sejauh 52 Km dari bandar Gua Musang dan 75 Km dari bandar Kuala Krai.

Dari segi pentadbiran politik pula Kampung Paloh 02 dipimpin oleh Yb. Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang, dan berada di bawah DUN Paloh dibawah pentadbiran Yb. Dato' Nozula Haji Mat Diah.

Seramai 350 orang peneroka pertama di masukkan ke Rancangan Kemajuan Tanah(RKT) Paloh 02 pada 10 Januari 1981, kesemua mereka ditempatkan didalam rumah - rumah kongsi sementara. setelah dua tahun dibuka akhirnya Paloh 02 dibanguunkan penempatan peneroka iaitu rumah - rumah peneroka di kawasan seluas 363.23 Ekar dan dibangunkan secara bergotong royong.

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.