24 Mac 2011

MOTTO PALOH 02


Muafakat Membawa Berkat - slogan yang tepat bagi menggambarkan penduduk kampung Paloh 02 ini yang berjumlah seramai 2093 orang ini. ia melambangkan keadaan masyarakat kampung Paloh 02 yang sentiasa bekerjasama dalam apa - apa jua pekerjaan yang dilakukan mereka baik dari segi kenduri kahwin, perayaan, majlis tahlil apatah lagi jika ada penduduk
yang jatuh sakit mahupun meninggal dunia. Slogan ini di wujudkan agar setiap penduduk kampung tahu bahawa hanya dengan bermuafakat dalam membuat sesuatu pekerjaan jualah yang akan membuahkan hasil yang lumayan.

ia juga bagi menggambarkan betapa eratnya hidup berjiran dan bermasyarakat bagi penduduk kampung paloh  02, Gua Musang Kelantan. Jika ada tetamu yang hadir ke kampung paloh 02, tidak kira mereka datang berkumpulan atau individu akan disambut oleh Penduduk Kampung Paloh 02 dengan hati yang terbuka seperti kata pepatah 'Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan'.

bagi mereka yang pernah bertandang ke kampung Paloh 02 ini, tentu mereka tidak akan melupakan betapa manisnya sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung paloh 02. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.