BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Latihan Industri
1.1.1 Pendahuluan
Modul T3410 Latihan Industri merupakan satu komponen penting yang utama dalam kurikulum pembelajaran politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada
suasana pekerjaan sebenar.
suasana pekerjaan sebenar.
Tujuan laporan ini disiapkan adalah sebagai memenuhi salah satu kewajipan kepada pelajar dan sebagai satu syarat untuk lulus dalam kurikulum T3410 Latihan Industri.
Diharapkan dengan adanya laporan ini dapat menjadikan suatu platform untuk meningkatkan lagi tahap kecemerlangan pencapaian seseorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di politeknik KPTM.
1.1.2 Objektif latihan
Objektif Latihan Industri adalah untuk membolehkan pelajar ;
a. Membina personaliti individu.
b. Berkomunikasi dengan berkesan.
c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
d. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
e. Menghasilkan laporan latihan industri.
1.1.3 Objektif laporan.
Objektif laporan adalah untuk membolehkan pelajar ;
a. Melatih pelajar untuk menyediakan dokumen kerja dengan berkesan.
b. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan dengan menyediakan dokumen yang berkaitan kerja.
c. Memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana menyediakan dokumen dengan betul.
d. Membina keyakinan diri dalam diri pelajar semasa menyediakan dokumen.
e. Melengkapkan syarat wajib bagi pelajar untuk lulus Latihan Industri politeknik KPTM.
1.1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar.
Modul T3410 latihan industri mempunyai banyak kepentingan dari banyak segi. Ini kerana modul ini diwujudkan untuk memberi manfaat kepada pelajar, pelajar yang mengikuti pengajian di politeknik KPTM di wajibkan untuk mengambil modul ini samada sedang mengikuti pengajian diperingkat sijil mahupun diploma setelah lulus kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak politeknik pada semester sebelumnya. Antara kepentingannya ialah ;
a. Mendisplinkan pelajar kearah melahirkan pekerja yang berdisplin setelah pelajar tamat pengajian dipoliteknik KPTM. Ini dapat dilihat dari segi pelajar yang mengikuti modul T3410 Latihan Industri perlu mamatuhi bukan sahaja peraturan yang ditetapkan oleh pihak politeknik KPTM tetapi juga peraturan yang ditetapkan oleh organisasi tempat pelajar menjalani Latihan Industri.
b. Melahirkan pekerja yang berkemahiran setelah pelajar melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Ini kerana dengan mengikuti latihan industri diorganisasi-organisasi tertentu pelajar akan lebih berkemahiran dalam menjalankan sesuatu kerja setelah diberi penerangan dan diberi tunjuk ajar tentang sesuatu kerja oleh pekerja yang lebih berkemahiran.
c. Pelajar yang mengikuti latihan industri akan lebih matang dalam menjalankan sesuatu kerja memandangkan telah diberi pendedahan tentang akibat yang akan dihadapi jika bertindak melulu tanpa berfikir terlebih dahulu.
d. Pelajar juga akan lebih berpengetahuan dan memahami tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka, setelah mengikuti pelajaran secara amali.
3 ulasan:
sy kopipes awk pnye laporan kat ats.. tQ
too informative bro ;)
tq ,berguna utk sy jdikn rjukan
Catat Ulasan
aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.