03 Januari 2010

KEDUDUKAN HADITH

KEDUDUKAN HADITH DAN KEWAJIPAN MENTAATINYA



Telah sepakat (ijma') 'ulama' islam bahawa hadith(sunnah) adalah dasar bagi hukum islam, dan bahawa umat islam diwajibkan mematuhi hadith sebagaimana mentaati al-Quran.


banyak ayat al-Quran yang memberi pengertian secara tegas bahawa hadith itu suatu pokok (dasar) bagi syariat islam, yang wajib ditaati sebagaimana
wajib mentaati al-Quran. Umat islam tidak boleh membelakangi atau meninggal atau menentang hukum hadith atau hukum al-Quran atau hukum kedua-duanya sekali samada dengan alasan atau tidak. Firman Allah SWT:

"Dan apa yang didatangkan rasul kepada kamu maka hendaklah kamu ambil akan dia, dan apa yang ia tegahkan kepada kamu daripadanya, maka hendaklah kamu berhenti"

(Surah Al-Hasyr ; ayat 7)

"Taatlah kamu akan Allah dan rasul, supaya kamu dihormati"

(Surah Ali-'Imran ; ayat 132)

bahkan Allah SWT telah pula mengancam orang yang membunuh atau menyalahi rasul dalam firman Allah SWT :

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi dari perintahNYA takut ditimpa mereka percubaan atau ditimpa azab yang pedih"
(Surah Al-Nur : ayat 63)

"Katakanlah! taatilah oleh kamu akan Allah dan rasul; kiranya mereka berpaling maka bahawasanya Allah Taala tidak menyukai orang-orang yang kafir"

(Surah Ali-Imran : ayat 32)

Seterusnya Allah tidak sekali-kali membenarkan umat islam menyalahi perintah atau hukum Rasulnya, FirmanNYA :
"Dan tidaklah harus bagi orang mu'min yang lelaki dan perempuan apabila Allah dan rasulnya telah menetapkan suatu hukum bahawa ada lagi bagi mereka pilihan dari urusan mereka dan barangsiapa menderhakai Allah SWT dan rasulnya, maka sesungguhnya telah sesat ia sebagai kesesatan yang nyata"

(Surah Al-Ahzab : ayat 36)

jelaslah dengan ini, bahawa taat kepada hukum rasulullah adalah wajib sama ertinya dengan kewajipan taat kepada hukum Allah SWT; sedang menyalahinya adalah suatu maksiat yang membawa kepada sesat, terpesong dari jalan hidup yang betul.

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.