HADITH SUMBER HUKUM ISLAM
sumber hukum islam ialah Al-Quran dan Al-Hadith. akan tetapi walaupun keduanya dipandang pokok atau dasar hukum, namun harus pula dianggap bahawa Al-Quran itu adalah dasar pertama dan hadith pula adalah dasar kedua.
Tegasnya, hendaklah dipandang bahawa
kedudukan atau maqam dan tingkatan Quran adalah lebih tinggi daripada kedudukan hadith. ini disebabkan oleh :-
i. Quran ialah kitab Allah yang diwahyukan atau diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan lafaz dan maknanya sekali, dan diterima oleh umat islam dari nabi dengan jalan yang Qat'i (iaitu jalan yang diyakinkan kebenarannya) tidak ada sebarang keraguan padanya, dan didengar Quran itu serta dihafaz oleh sejumlah sahabat yang terkemuka, kemudian mereka menulisnya pula menurut perintah nabi sendiri.
mereka juga kemudiannya mengumpulkan Quran dalam mashaf dan diterima olah umat islam menurut asalnya, satu huruf pun tidak berubah dan hilang sejak zaman berzaman.
ii. hadith (sunnah) tidak pula demikian keadaannya. hadith Qauli(perkataan) amat sedikit sekali yang mutawattirnya iaitu kebanyakan mengenai amal ibadat, seperti sembahyang lima waktu, bilangan Rakaat dan cara mendirikannya, puasa ramdhan dan haji.
iii. Quran itu asal(pokok) dan pangkal hadith(sunnah). segala yang diterangkan hadith, ada asalnya daripada dalam Al-Quran. Hal ini jelas dibuktikan oleh ayat-ayat Al-Quran itu cukup sempurna lagi lengkap isinya, sebagaimana firman Allah SWT :-
"tidak kami tinggalkan didalam kitab itu daripada sesuatu"
(surah al-An'am ; ayat 38)
" Dan telah kami turunkan kepada engkau Al-kitab (Al-Quran) untuk menerangkan bagi segala sesuatu dan untuk menjadi petunjuk dan rahmat dan perkhabaran gembira bagi orang-orang yang beriman".
(surah al-Nahl ; ayat 89)
maka dengan ini teranglah bahawa Al-Quran sebagai sumber hukum adalah dalam tingkatan pertama, sedangkan hadith adalah dalam tingkatan kedua.
diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi bahawa nabi dikala mengirimkan muadz ke yaman telah bertanya kepadanya :-
Nabi bertanya ; dengan apa engkau menghukumkan?
Muadz berkata ; dengan kitab Allah
Nabi bersabda ; jika engkau tidak mendapati didalamnya?
Muadz berkata ; dengan sunnah(hadith) rasulnya.
Nabi bersabda lagi ; jika engkau tiada mendapati ddidalamnya?
Muadz berkata ; saya berijtihad dengan fikiran saya sendiri.
selanjutnya sayyidina umar pernah mengirim perintah kepada seorang hakim di kufah yang bernama syurih. dalam surat itu dikatakan :
"lihat yang telah terang kepada engkau didalam kitab allah maka janganlah engkau bertanya lagi mengenainya kepada seorang dan apa yang tidak nyata kepada engkau didalam kitab allah maka ikutilah sunnah rasulnya"
selain ini, hadith(sunnah) adalah juga menjadi penerangan, penafsiran, penentuan dan lain-lain sebagainya.
berhubung dengan ini Imam Ahmad berkata : bahawa mencari hukum didalam Al-Quran hendaklah melalui hadith. mencari agama demikian pula. satu-satunya jalan yang dibentang untuk mempelajari fiqh islam dan syariatnya ialah hadith. mereka yang mencukupi dengan dengan Al-Quran saja sehingga tidak memerlukan hadith dalam memahamkan ayat Al-Quran dan mengetahui syariatnya, sesat perkalanannya dan tidak akan sampai kepda maksud yang dikehendakinya.
Leaving MINDEF... part 3 - Yellow Flood
-
*Teddy at the Manek Urai train station in the aftermath of the Yellow Flood
of 2014*
I still remember that afternoon break of which I spend lying down un...
5 tahun yang lalu
1 ulasan:
masyaALLAH...!
Catat Ulasan
aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.