08 Januari 2010

BERSYUKUR


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ...




1. untuk suami / isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.


2. untuk anak / adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci piring, karena itu bermakna dia berada di rumah, bukan dikaki lima melepak bersama kawan-kawan yang belum tentu baiknya.


3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.


4. untuk pakaian kita yang dah tidak muat, kerana itu bermakna kita cukup
makan


5. untuk lantai yang perlu dimop, jendela yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dibersihkan, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal


6. untuk bunyi bising tetangga, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.


7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci / digosok karena itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.


8. untuk keletihan / kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat


9. untuk tempat letak kendaraan yang jauh dari lift/tangga, karena itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.


10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, karena itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut ...


BELAJARLAH BERSYUKUR .......
sesungguh ALLAH itu maha adil .. maka kita harus belajar mensyukuri nikmat ALLAH ... "

(gambar-gambar diatas hanyalah hiasan semata-mata)

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.