26 Februari 2011

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA

sape yang kenal dengan Dr. Afifi??? mungkin ramai yang tidak mengenali nama ini seperti mana mengenali nama - nama pemimpin besar Malaysia seperti Tun Mahathir, Tengku Razaleigh, DS Najib, TS Muhyiddin, TS Harussani, TG Nik Aziz, TG Hj Hadi Awang, dan sebagainya.


Namun tahukah kita bahawa Dr. Afifi anak kelahiran
Batu Gajah, Perak ini rupanya seorang yang berjaya menjadi Anak Melayu Islam pertama yang dapat menjadi seorang Felo dan Pensyarah di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford United Kingdom..!


dengan kejayaan beliau secara tidak langsung menjadi suatu penanda aras kepada penduduk Eropah bahawa Anak Melayu Islam juga boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama mereka.

Mungkin ada yang akan tertanya - tanya berapakah umur Dr. Afifi Al-Akiti ni? cukup muda orangnya, dengan usia yang baru menjangkau 34 tahun sudah berjaya menempah namanya di Universiti Oxford, bukan sebagai seorang pelajar.. tapi sebagai seorang Felo dan Pensyarah di sana.

Walaupun tidaklah seperti ilmuan lain, namun anak kepada pasangan guru ini yang melanjutkan pengajian di beberapa sekolah di Selangor dan seterusnya ke beberapa pondok dan Madrasah di Indonesia, Magribi dan Syria ini berjaya jua menempah namanya dengan cara yang tersendiri.

Disebabkan kejayaan beliau inilah beliau diperkenankan oleh Sultan perak, Sultan Azlan Shah untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Perak.

ikuti kupasan berkenaan Dr. Afifi Al-Akiti ini di Sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.