07 Februari 2011

SAMA - SAMA KITA BERBAKTI

MANGSA sula, Mohd. Shah Abdul Razak (tengah) dibantu oleh ibu dan bapa saudaranya menjalani kehidupan seharian di rumahnya di Bandar Tenggara, Kulaijaya, semalam. – Utusan/Farik Salleh


KULAIJAYA 6 Jan. - Peristiwa malang disula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu, masih menjadi igauan buruk kepada
Mohd. Shah Abdul Razak.
Akibat kejadian itu, Mohd. Shah, 23, mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya yang menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli ubat dan peralatan berkaitan.
Bagaimanapun, ibu Mohd. Shah, Jamilah Daud, 49, semakin terhimpit dengan masalah kewangan menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk lima anaknya yang masih belajar.
Ini kerana suaminya, Abdul Razak Ahmad, yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia tiga tahun lalu.
Jamilah memberitahu, sebelum ini dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membiayai rawatan selain pelbagai jenis ubat yang diperlukan bagi memulihkan kecederaan Mohd. Shah.
Bagaimanapun, gaji RM550 sebulan sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berdekatan masih tidak cukup memandangkan Mohd. Shah memerlukan makanan khas dan penjagaan rapi.
“Perbelanjaan yang agak mahal ialah bagi membeli ‘tapak’ untuk menyambung saluran usus ke beg takungan najis bernilai RM62.60 yang perlu digantikan setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan kuman. Beg najis berharga RM60 bagi setiap 10 unit juga perlu ditukar apabila penuh.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana segala kos bagi peralatan tersebut ditanggung pihak hospital. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya semasa ditemui di sini.
Kejadian yang menimpa Mohd. Shah pada 1 Jun 1999 semasa dia berada dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara ll itu menyebabkan duburnya cedera dan pundi kencing pecah.
Ia akibat nafsu songsang Roslan Imun yang menyula Mohd. Shah dengan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum.
Walaupun Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan, namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd. Shah.
Sementara itu, Jamilah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan menyambung kembali bantuan yang dihentikan pada 2002 bagi meringankan bebannya sekeluarga.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, 

Jamilah menetap di alamat 

No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya 

atau

boleh dihubungi melalui talian telefon 

07-8966970 dan 017-7893200.


Komen RM : Tidak sepatutnya mahkamah menjatuhkan hukuman 20 sebatan kepada banduan tersebut kerana langsung tidak setimpal dengan apa yang dibuatnya terhadap kanak-kanak(thun 1999) dan RM hanya boleh membantu dengan hanya menyebarkan berita ini kerana RM juga masih lagi seorang pelajar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.