02 November 2010

MALAYSIA RAPATKAN JURANG ANTARA ISLAM DAN BARAT

KUALA LUMPUR: Pengalaman Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, agama dan budaya, boleh dimanfaatkan dalam merapatkan jurang antara Barat dan negara Islam bagi menangani masalah Islamofobia supaya tidak berlaku
salah faham dan pandangan negatif terhadap agama Islam, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, sebagai negara pelbagai kaum, Malaysia mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani isu yang bersangkutan serta ia memberi manfaat bagi menyelesaikan masalah salah faham terhadap agama Islam itu.
“Kedudukan Malaysia yang unik itu sendiri diiktiraf dan diakui Presiden Amerika Syarikat (Barrack Obama).


“Bagaimanapun, dalam kita mula memainkan peranan yang lebih besar di arena global, kita harus mengekalkan status negara berwibawa pada peringkat antarabangsa dan menguatkan perpaduan serta hidup dalam harmoni, ” katanya dalam ucapan dalam Majlis Makan Malam Persatuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), di sini, malam tadi.

Najib tidak dapat hadir pada majlis kerana masalah kesihatan dan teks ucapannya dibaca Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Turut berkenan berangkat adalah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan hadir sama Presiden UNAM, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Najib pernah menyuarakan pandangan yang sama pada Obama pada mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-AS, ketika beliau menghadiri persidangan PBB, September lalu.

Menyentuh mengenai peranan Malaysia dalam ASEAN, beliau berkata, Malaysia akan berperanan aktif bagi menjadikan ASEAN sebagai wahana dalam kerjasama serantau dan platform untuk aktiviti antarabangsa bagi kepentingan semua pihak.

Sementara itu, Najib tidak mahu budaya ‘automasi’ berlaku dalam sektor awam sebaliknya meminta supaya kakitangan kerajaan sentiasa berfikir di luar kotak dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kakitangan awam seharusnya mengamalkan pemikiran kritis dan konstruktif dalam melaksanakan tanggungjawab dengan mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif.

“Kita perlu sentiasa komited untuk melaksanakan aktiviti peningkatan produktiviti kerja serta bersedia membuat pembaharuan dalam proses susun atur kerja bagi meningkatkan sistem penyampaian,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kewangan yang bertemakan ‘Inovasi Pemacu Transformasi’, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

sumber : Berita Harian

Komen RM : Alhamdulillah walaupun kerajaan Malaysia yang diperintah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sering dikritik kerana mengamalkan dasar Sekular(tuduhan yang dilemparkan secara membuta tuli) namun kini DS Najib membuktikan bahawa Malaysia sememangnya sebuah negara Islam yang mana sehingga diiktiraf dunia dan menjadi pengantara dunia ISLAM dan BARAT bagi memperjelaskan kepada dunia bahawa Islam ialah agama yang tulus dan suci serta Malaysia di bawah Pimpinan DS Najib berjaya dalam usaha untuk menghapuskan 'Islamophobia' dalam kalangan penduduk Barat.. Tahniah buat DS Najib..!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I blog frequently and I really appreciate your information.
This article has really peaked my interest. I'm going to bookmark your website and keep checking for new details about once per week. I subscribed to your Feed too.

Feel free to visit my weblog: best buy beats studio

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.