KOTA BHARU – Hampir 10,000 peminat setia pasukan The Red Warriors menyambut kepulangan pemain di pekarangan Kelantan Trade Center (KTC) di sini, semalam bagi meraikan kejayaan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.
Gerimis yang turun sejak
awal pagi semalam langsung tidak menghalang penyokong yang berebut-rebut untuk melihat sendiri piala berprestij yang diarak sejauh hampir 500 kilometer dari Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, di sini.
Trofi dan pemain tiba kira-kira jam 6.30 petang dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda diikuti bas yang membawa pemain The Red Warriors melalui beberapa jalan utama di bandar ini sebelum singgah ke KTC. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan terima kasih beliau di atas sokongan yang diberikan peminat The Red Warriors.
“Kafa akan adakan majlis untuk meraikan penyokong pada tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan kemudian.
“Pemain pula akan menghadap ke bawah Duli Sultan Muhammad V pada 6 November depan,” katanya semasa berucap pada majlis ringkas di KTC, semalam.
Sementara itu, kemenangan pasukan The Red Warriors yang berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 89 tahun menunggu akhirnya mengubat hati rata-rata penyokong setia pasukan terbabit.
Seorang penyokong, Mazli Yacob, 42, berkata, beliau mengikuti perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil tiga hari lalu dan datang juga pada hari ini (semalam) untuk menyambut pemain dan piala yang dinantikan selama 89 tahun.
“Saya tidak dapat gambarkan perasaan apabila Kelantan dinobatkan sebagai juara, tak terzahir dengan kata-kata, ibarat bermimpi tapi inilah realiti, Kelantan juara,” katanya ketika ditemui di pekarangan stadium tersebut.
Mohd Zainuddin Yusof, 47 pula berkata, beliau menunggu di pekarangan stadium seawal jam 3 petang setelah mendapat maklumat daripada Kafa tentang ketibaan pasukan Red Warrios.
“Saya dapat maklumat pada jam 1 petang tadi (semalam) mereka berada di Gua Musang, saya terus datang ke sini dan saya sanggat berbangga dengan pencapaian pasukan Red Warriors sebagai juara.
“Harapan saya supaya Kafa akan lebih komited pada masa akan datang serta Tan Sri akan terus menerajui Kafa,” katanya.
Seorang lagi penyokong, Nur Afiqah Abdul Wahab mengucapkan ucapan tahniah kepada pemain Kelantan di atas kejayaan tersebut.
“Kemenangan ini akan menjadi kenangan yang paling indah dan perlu dikenang oleh semua rakyat Kelantan sampai bila-bila,” katanya.
Hadir sama, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, Ahli-ahli Majlis Kafa serta Yang Di pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Datuk Ahmad Mahmood.
sumber : Sinar Harian
Komen RM : Tahniah Buat KELANTAN amnya dan KAFA khususnya, semoga tahun depan kita dapat pertahankan Piala Malaysia, dan buat penyokong N9 jangan kecewa sangat. Tahun nie Kelantan dah buktikan kehebatan orang 'kito' dengan kepimpinan TS Anuar Musa yang menyerlah, kalau TS Anuar Musa boleh memimpin sebuah pasukan yang dulunya Malap kembali bersinar. Tak mustahil jika TS Anuar Musa bersama rakan-rakannya boleh memimpin Kelantan yang kini terlalu mundur untuk bangkit kembali membawa kemajuan kepada Kelantan supaya Agama Islam dapat berkembang dengan lebih Pesat lagi.
Kepada FAM kami oghe Kelantan nak buktikan walaupun kami dikenakan tekanan yang hebat daripda Anda, kami masih mampu teruskan perjuangan, sebab kami berdarah pahlawan..! walaupun kami kecewa dengan tekanan dan tekanan yang diberikan, kami tetap mampu meneruskan perjuangan KAMI....!
0 ulasan:
Catat Ulasan
aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.