GUA MUSANG, 6 Jan – Abus Nawi, 73, seorang Orang Asli berjalan kaki dari tempat tinggalnya di hutan Lojing sejauh 120 kilometer selama tujuh jam semata-mata kerana mahu memulangkan dompet cicir seorang peserta ekspedisi Gunung Camai, di sempadan Kelantan-Perak.
Kejujuran Abus mendapat
penghargaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di mana dompet itu diserahkan.IPD itu mengadakan majlis khas menghargai kejujuran Abus.
Ketua Polis Daerah Supt Saiful Bahri Abdullah berkata Abus yang tinggal di dalam hutan di Hulu Kelantan telah berjalan sendirian ke IPD Gua Musang.
“Polis amat menghargai sifat kejujuran Abus yang memulangkan dompet itu kepada pemiliknya biarpun jauh meredah hutan belantara, inilah sikap sebenar rakyat Malaysia.
“Jadi kita adakan satu majlis khas untuk menghargai kejujuran Abus,” kata Saiful Bahri pada majlis penyerahan dompet Audi Hani Abdullah, 27, daripada Abus di IPD itu hari ini.
Katanya peserta ekspedisi Gunung Camai itu memulakan ekspedisi melalui Pos Brooke di Lojing pada 17 Dis lepas, dan mereka hadapi pelbagai rintangan sehingga tiga daripada 11 peserta itu terkandas selama dua hari di hutan di Hulu Kelantan.
Bagaimanapun, kata beliau, ketika pihaknya mengatur gerakan mencari selepas dua hari terkandas di hutan, ketiga-tiga mereka berjaya keluar semula dari hutan itu pada 23 Dis.
“Berikutan musim tengkujuh, Polis menasihatkan peserta ekspedisi mendaki gunung di kawasan Hulu Kelantan supaya melaporkan dahulu program perjalanan mereka di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Saiful Bahri berkata langkah itu bagi memudahkan anggota polis melancarkan gerakan mencari sekiranya berlaku kejadian kehilangan atau sesat.
“Perkara penting yang perlu dirujuk kepada balai polis – senarai nama peserta, gunung yang akan didaki, bila masa ekspedisi, berapa hari, jalan masuk dan jalan keluar,” katanya. – Bernama
dIPETIK DARI : THE MALAYSIAN INSIDER
Komen RM : Bangga dengan pak cik Abus, banyak faktor yang membuatkan RM bangga dengan pak cik nie antaranya pak cik nie rakyat Malaysia(bangga), Pak cik nie orang Kelantan(bangga Kuasa 2), n last Pak Cik nie orang GUA MUSANG(yang nie buatkan RM lagi bangga).. Tahniah pada Pak Cik Abus Nawi sebab kejujuran beliau semoga Allah merahmati beliau dan memberikan balasan setimpal kepada beliau dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya dan rezeki kepada Pak Cik Abus Nawi sebab kejujuran beliau.
2 ulasan:
wahhhhhhhhhhhhhhhh...! terharu betul ngan kejujuran pak cik nie..
alhamdulillah masih ada yang berjiwa mulia...
Catat Ulasan
aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.