05 Januari 2011

KEPUTUSAN DAN TAKLIMAT CALON

Berdebar jugak RM tunggu harini sebab nak tau keputusan samada RM terpilih atau tak untuk jadik Calon JPP atau tak terpilih. Tapi Alhamdulillah berkat izin Allah RM terpilih jugak tok terpilih sebagai salah sorang Calon dan seterusnya meletakkan RM di platform
politik walaupun just politik kampus seterusnya sebagai pengamal undang - undang yang sah dan petang ni jugak RM kena pegi taklimat calon untuk diberitahu tentang peraturan - peraturan dan tatacara berkempen.






dan petang tu RM pegi la kat taklimat calon(kalau kira kat Pilihanraya sebenar, nie macam penamaan calon la...huhuhu) bila dah pegi taklimat nie, sebagaimana yang dah dimaklumkan tempoh berkempen bermula serta - merta sehingga hari pilihanraya, kat kampus politeknik nie lain berbanding Pilihanraya sebenar sebab hari Pembuangan undi pon kami tetap boleh berkempen lagi.

opsss............ lupa nak bagitau Taklimat nie disampaikan oleh En. Rosihan yang manis lagi bergaya nie...huhuhu(nie bukan bodek, bab kalau bodek pon bkan ley dapat ape pon...hihihi)

hari pilihanraya pon dah ditetapkan iaitu hari selasa depan, 11 Januari 2011.
menurut En. Rosihan untuk menjadi pemimpin kita perlulah bersikap elastik dan bersedia untuk apa-apa jua perubahan dan situasi. sebagai contoh, taklimat calon sepatutnya dibuat di Dewan Al-Ghazali tapi disebabkan masalah teknikal terpaksa la buat di Bilik Kuliah je.

menurut En. Rosihan lagi untuk pilihanraya kali ni, 5 orang yang mendapat undi tertinggi akan secara automatik menjawat 3 jawatan iaitu NYDP i, NYDP ii, TSU,  TB, dan JD, 

mende tu ek? NYDP nie bukan Ney York Department Police tapi Naib Yang Di-Pertua i,
Naib Yang Di-Pertua ii,
TSU pulak bukan tisu tapi Timbalan Setiausaha
TB, ni pon bukan penyakit.. tapi Timbalan Bendahari
last, JD - JuruAudit Dalaman

jawatan lain yang akan diisi secara automatik pula ialah bagi Empat Portfolio Persatuan beserta 1 Portfolio PRS(Pembimbing Rakan Siswa) dan 1 Portfolio yang dikhaskan kepada PPK(Persatuan Pelajar Kamsis).

yang lain akan bertanding secara Umum dan 15 yang terbaik akan dipilih dalam mesyuarat untuk memegang mana-mana portfolio.

Sukacita jugak RM nk bagitau semester nie tak ada lagi pruntukan untuk calon sebagaimana pruntukan semester lepas, sebab menurut En. Rosihan semester lepas ramai calon yang salah guna pruntukan utuk poster diseleweng untuk benda lain. so, pihak SPP(Suruhanjaya Pilihanraya Politeknik PKB) tetapkan pihak pengurusan yang buat poster dan kami just kempen jek.

satu yang RM nak umumkan kat sini kepada semua pelajar, GCL kat blok F akan dibuka tok tempat pembuangan Undi, dan beberapa buah PC akan diletakkan di Student Center PKB tok kegunaan pelajar membuang undi, bagi pelajar semester 1 & 2 yang terlibat dengan ko-kurikulum anda di wajibkan membuang undi pada petang tersebut....!

selain tu, ni berita gembira untuk calon - calon plak, anda diberi pelepasan kuliah oleh pengarah PKB, dan hari ahad nie(09/01/11) anda diminta ambil surat pelepasan di HEP(hal Ehwal Pelajar) dengan En. Wan Zuhari.

untuk pengetahuan semua, jawatan EXCO di JPP adalah setaraf dengan jawatan YDP persatuan. iaitu sebanyak Empat(4) Persatuan di PKB iaitu :-

PPKA - Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam
PPKM - Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal
PPKE - Persatuan Pelajar Kejuruteraan Elektrik
PPP - Persatuan Pelajar Perdagangan

bagi jawatan EXCO, mereka yang memegang Portfolio ni perlu melantik sekurang - kurangnya 3 Ahli Jawatankuasa mereka seperti :- 

- Timbalan Exco,
- Setiausaha,
- dan Bendahari.

Yang terakhir RM nak bagitau visi Pengarah PKB yang baru ni, Ayahanda kita nak apa - apa jua program akan dihandle oleh pelajar, staf hanya akan bergerak di belakang tabir.

setakat ni dululah apa yang RM sempat 'menulis' tok arini....huhuhu

wassalam,



1 ulasan:

En. Nik Mood bin Nik Wan Megat. berkata...

info yang menarik..
semoga RM berjaya...!

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.