22 Disember 2011

DUIT MALAYSIA VERSI BARU








Makna Tersirat di sebalik setiap Wang Versi Baru ini Adalah.


Setiap satu wang kertas neh mempunyai maksud tertentu yang di gambarkan melalui corak(imej) wang kertas itu sendiri


RM 1.00



Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan terengganu. Permainan wau jua secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri - negeri tersebut.

Wau bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan ikonik, dipaparkan pada wang polimer RM 1.00 baharu.

Wau bulan buatan tangan, diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah - rumah di Malaysia.


RM 5.00


Burung Enggang badak(Bucerus rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan dunia, di paparkan pada wang kertas polimer RM 5.00 Baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh di temui dalam kelompok kecil di hutan hujan negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut di kenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.


RM 10.00


Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu dalah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis - jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM 10.00 baharu ini merupakan spesies asli semenanjung Malaysia dan mula - mula sekali di temui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perrak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini di namakan sempena nama Sultab Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-Lah.


RM 20.00


Dua spesies penyu terkenal dan hanya di jumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah(Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing(Dermochelys Coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna - warni di perairan tropika kita,m dipaparkan pada wang kertas RM 20.00 baharu.

Penyu karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cengkerangnya.

Kewujudan penyu - penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.


RM 50.00



Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM 50.00 sebagai Ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilaii tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.


RM 100.00


Dua keajaiban alam semulajadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa - Bangsa Bersatu(UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM 100.00

Keajaiban semulajadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung(iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di Lembah Gunung Api, yang di temui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua - duanya adalah antara keajaiban alam semulajadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

2 ulasan:

xydoemoe berkata...

ok lar.. cme wrnanyer jew yg krang mnarik.. trlampau meriah wrna duit nyer..

Unknown berkata...

In this fashion my associate Wesley Virgin's tale starts in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.

As a matter of fact, Wesley was in the military-and shortly after leaving-he unveiled hidden, "MIND CONTROL" tactics that the government and others used to get everything they want.

As it turns out, these are the exact same methods many celebrities (notably those who "became famous out of nowhere") and the greatest business people used to become rich and successful.

You probably know that you only use 10% of your brain.

That's because the majority of your brain's power is UNCONSCIOUS.

Perhaps this conversation has even occurred INSIDE your own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind 7 years ago, while driving a non-registered, beat-up garbage bucket of a car with a suspended license and with $3 on his bank card.

"I'm absolutely fed up with going through life payroll to payroll! When will I become successful?"

You took part in those types of conversations, isn't it so?

Your very own success story is going to start. You just have to take a leap of faith in YOURSELF.

CLICK HERE To Find Out How To Become A MILLIONAIRE

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.