04 November 2011

KENAPA DATO' SRI NAJIB DI IRING DI MEKAH


WAH...!! kalau anda tengok sahaja gambar ini terus akan bermain di minda anda.. "Eh siapa Dato Najib ni, ingat bagus sangat nak dapat layanan VVIP kat Makkah.. semua orang sama di sisi Allah.. Bla Bla Bla.." banyak laa lagi tangapan negatif mempertikaikan ibadah suci beliau di sana... 

Tambahan lagi.. tengok keratan yang ditulis oleh seorang blog pembangkang...

Najib, Rosmah dilindungi lebih 10 “bodyguard” semasa bertawaf
SEKIAN lama menunggu, akhirnya sekali lagi dalam tahun ini rakyat Malaysia berjaya menyaksikan Rosmah Mansor menutup kepalanya.
Rosmah terpaksa meninggalkan tabiat biasa beliau yang gemar menayangkan“jambul ayamnya” ketika melakukan tawaf kerana terpaksa memakai telekung. Alhamdulillah.
Apa pun, gaya hidup mewah Rosmah dan Najib tetap tidak dapat dihakis meskipun mereka kini dipercayai sedang menunaikan ibadah haji. Lebih 10 orang pengawal VVIP turut serta untuk menjaga keselamatan Najib dan Rosmah semasa bertawaf.


Pengawal-pengawal VVIP “bodyguard” Najib dan Rosmah ini dilihat terdiri daripada pihak berkuasa Arab Saudi yang lengkap dengan uniform tentera dan polis serta dipercayai lengkap bersenjata.
Menurut satu sumber, Rosmah dan Najib akan melakukan ibadah Melontar Jumrah dengan menaikki kereta malah turut mendapat kawalan VVIP dan tidak mengikuti laluan rakyat biasa.
Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa Rosmah dan Najib akan memujuk imam besar Masjidil Haram untuk menikahkan anak mereka sebagai usahamenaikkan imej Najib di depan mata rakyat terutama masyarakat Melayu pedalaman kampung dan Felda.
Majlis pernikahan itu akan berlangsung sebaik sahaja Rosmah dan Najib pulang dari Mekah. Selepas itu barulah pembubaran parlimen dilakukan bagi memberi laluan pilihanraya umum ke 13.
ReJaM© “Di padang Mahsyar nanti tiada lagi perkhidmatan kawalan VVIP…” 

SUDAH BANYAK SANGAT KER PAHALA KITA UNTUK MENILAI IBADAH SESEORANG...???

Meh sini aku cerita perkara sebenar... 

Bab kawalan keselamatan di Tanah Suci Makkah sebenarnya  dibawah tanggungjawab Arab Saudi. Siapa saja yang pergi buat haji mereka akan menjadi tetamu Allah s.w.t di masa yg sama mereka adalah tetamu Arab Saudi selaku tuan rumah.

Tugas jaga keselamatan dan kelancaran ibadat haji mahupun umrah ini prioriti paling wajib bagi kerajaan Arab Saudi. Mereka tak sediakan kawalan keselamatan kepada Najib, Rosmah atau mana-mana VIP hanya untuk  saja suka-suka.
Selain ianya adalah satu prosedur & protokol dalam menghormati pemimpin-pemimpin negara lain ia juga salah satu cara bagi Arab Saudi mengekang keadaan tak terkawal andai kata wujud segelintir jemaah yg bersesak-sesak utk bersalaman dgn mana-mana VIP yg mereka kenal.
Malas aku nak cerita panjang-panjang.. kang orang cakap aku PROPA jer.. so tengok laa sendiri gambar-gambar... so kalau anda nak tuduh benda tak baik juga tak tahu laa....


Presiden Iran diiringi anggota keselamatan Arab Saudi.


Presiden Iran dipagari pengawal keselamatan sewaktu mengerjakan haji di Mekah.


Perdana Menteri Pakistan turut dikawal oleg anggota keselamatan sewaktu mengerjakan umrah.


Presiden Palestin Mahmoud Abbas sewaktu di hadapan Hajar Al Asward turut dikawal anggota keselamatan 
INI SEMUA GAMBAR AHMADINEJAD LAGI...!!



SIAPA KAT SEBELAH BELIAU TU..??? kan sama dengan Dato Najib...hish2


p/s: jadi berfikirlah dengan akal dan bukannya dengan nafsu.. jangan terlalu mudah mempercayai fitnah.. yang penting siapakah kita nak mempertikaikan Ibadah orang.. biar kita berfikiran baik.. daripada berfikiran buruk memberi dosa yang besar kepada diri sendiri.. MasyaAllah....




1 ulasan:

Blogger berkata...

You should see how my friend Wesley Virgin's adventure begins with this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.

Wesley was in the army-and shortly after leaving-he discovered hidden, "mind control" secrets that the government and others used to get anything they want.

As it turns out, these are the exact same SECRETS tons of famous people (notably those who "became famous out of nothing") and top business people used to become rich and successful.

You probably know that you use less than 10% of your brain.

That's because the majority of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.

Perhaps this thought has even occurred IN YOUR own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain around 7 years back, while riding a non-registered, garbage bucket of a vehicle with a suspended license and in his pocket.

"I'm absolutely frustrated with living paycheck to paycheck! When will I finally succeed?"

You've been a part of those those questions, isn't it so?

Your success story is going to start. You just have to take a leap of faith in YOURSELF.

Take Action Now!

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.