04 April 2011

LOGO KAMPUNG PALOH 02 GUA MUSANG KELANTAN


EMPAT ORANG - Melambangkan empat kawasan kampung yang mewakili seluruh Penduduk kampung Paloh 02 Gua Musang Kelantan yang bersatu padu tanpa mengira
fahaman politik.

2005 - Melambangkan tahun permulaan bagi Gerakan Daya Wawasan(GDW) kampung Paloh 02 Gua Musang Kelantan bertapak di kampung Paloh 02. ia juga tahun permulaan bagi penduduk kampung Paloh 02 mencapai kejayaan demi kejayaan, pembangunan demi pembangunan sehingga menjadi entiti yang disegani dalam bidang ini(GDW).

BULATAN KECIL - Mewakili 2093 orang penduduk Kampung Paloh 02 Gua Musang Kelantan yang sentiasa bermuafakat dalam mencapai kata sepakat.

BULATAN BESAR - Mewakili pihak pentadbiran yang sentiasa melindungi, menjaga dan memperjuangkan hak - hak serta kepentingan penduduk Kampung paloh 02.

WARNA MERAH BULATAN KECIL - Keberanian Penduduk kampung Paloh 02 Gua Musang Kelantan  dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang dalam menyertai pertandingan GDW ini.

WARNA PUTIH BULATAN BESAR - Menunjukkan betapa sucinya pengorbanan pihak pentadbir kampung Paloh 02 Gua Musang Kelantan dalam menjaga dan melindungi penduduk kampung Paloh 02

PALOH DUA - Nama Kampung

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT - Motto Kampung Paloh 02

GDW - Gerakan Daya Wawasan.

1 ulasan:

Nabeel KaMa berkata...

kampung saya...

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.