20 Disember 2010

HARGA KARIPAP

seorang guru sedang mengajar matapelajaran matematik di sekolah beliau, setelah habis diajar satu bab lalu beliau bertanya kepada seorang pelajar :-


Cikgu : amin..!

Amin : ye... cikgu.!

Cikgu : cuba jawab soalan cikgu ni.

Amin : soalannye cikgu?

Cikgu : sabar la dulu.. saya tak habis bercakap lagi ni

Amin : Mmmm...

Cikgu : jika sebiji karipap di jual dengan harga RM 0.40 sebijik, berapakah harga bagi 3 biji karipap?



Amin : singgit(RM1) cikgu

Cikgu : salah tu amin, cuba kira balik..!

Amin : betul la cikgu kalau sebiji RM0.40 maka 3 biji jadi singgit la cikgu.

Cikgu : amin, dengar betul-betul soalan saya.jika sebiji karipap di jual dengan harga RM 0.40 sebijik, berapakah harga bagi 3 biji karipap? cuba kira lagi sekali.

amin : tapi cikgu memang betul la kalau sebiji RM0.40 3 biji jadi singgit la cikgu. sebab tiap-tiap pagi sebelum masuk kelas saya ade beli karipap katt gerai tepi jalan, mak cik tu cakap kalau beli sebiji RM0.40 tapi kalau ambik 3 biji dapat harga singgit cikgu...!

Cikgu : memang nak kena budak nieyh (dalam hati).............

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.