08 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM WBT......

Di kesempatan nie RM nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431 H bersamaan 2010 M,
RM juga nk mintak ampun pade sape -  sape yang terase ati ngan tulisan - tulisan kat dalam blog nie jugak.
kat sini jugak RM nak pesan pade sape - sape yang bawak
 kete or motor balik kampung 2 hati - hati la.. sekarang nie musim perayaan tak nak la ade orang yang sedih bila orang yang di tunggu pulang dalam keadaan lain pulak..

n kat sini jugak, RM nak pesan sape2 nk main mercun tu 'cover' la sikit jangan duk main mercun kat tepi surau/masjid naya kat jemaah nk semayang terawih n semayang fardhu habis lari khusyuk, tok imam, ustaz - ustaz lupa abih ape yang dibaca.. naya jugak kan.
lepas tu kalau dah tau kat kawasan perumahan kita ade budak kecik, g la men jauh - jauh skit.

kat kampung RM ade yang jenis 'bangang' sikit. dah r kawasan umah RM ade budak kecik, dah r 4 orang budak kecik, paling kecik kat umah RM r umur bru sebulan.. budak - budak nakal ni main mercun ngalahkan cina sambut tahun baru, kalau pelan xpe la.. nie tak bunyi dah macam israel serang palestin tu yang bengang sangat nie.

mak bapak dorang pulak bila d bagitau anak dorang maen mercun siap marah kita lagi "anak aku xde yang jahat sorang pun" tu la ayat yang kitorang dpat.

tapi pe - pe hal pon RM nk ucap sekali lagi la SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada sume umat islam kat MALAYSIA khususnya dan kat seluruh dunia Amnya..

Wassalam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.