25 Mei 2010

TAMAN RAFFLESIA DI TANAH TINGGI LOJING






Zulhazman Hamzah bersama kudup Reflesia Kerrii di Tanah Tinggi Lojing, baru-baru ini.




KOTA BHARU 18 Mei - Kawasan seluas 650 hektar di Tanah Tinggi Lojing di pedalaman negeri ini perlu dijadikan kawasan pemuliharaan warisan negara dan dunia kerana.......
terdapat populasi bunga Rafllesia Kerrii yang terbesar.

Kawasan tersebut telah dikenal pasti oleh pasukan penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan Fakuliti Agro Industri dan Sumber Asli, Zulhazman Hamzah pada 2008.
Langkah itu akan menjadi kenyataan kerana bimbang dengan keadaan pembangunan di Cameron Highlands yang semakin menghimpit habitat spesies bunga terbesar di dunia itu.

Cadangan itu dikemukakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Ir. Zainai Mohamed ketika merasmikan Persidangan Sumber Asli Kebangsaan (NCNR) 2010 di sini hari ini.

Zainai berkata, penemuan tersebut mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang eco pelancongan tetapi ia perlu diwartakan sebagai tapak warisan negara atau dunia.

"Kawasan pembiakan rafflesia jenis Kerrii yang terbesar seperti ini hanya dapat ditemui di kawasan ini dan kita amat berharap supaya diwartakan secepat mungkin bagi mengelakkan ia dicemari oleh pihak lain.
"Penemuan ini akan memberikan banyak faedah kepada kita, dari aspek ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar untuk anak-anak kita di masa depan," katanya.

Pada persidangan dua hari itu sebanyak 124 pembentangan kertas kerja dibentangkan termasuk 62 ditampalkan untuk perhatian para peserta.

Ucaptama disampaikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara itu, Zulhazman yang juga Pengerusi persidangan tersebut berkata, beliau telah menjalankan penyelidikan mengenai rafflesia di kawasan itu sejak dua tahun lalu dan mendapati ia telah menarik ramai pelancong daripada luar negara.

"Menerusi teknik Sistem Maklumat Geografi (GIS), saya telah menemui 26 lokasi rafflesia dalam kawasan Kampung Cedau, Kampung Kuala Rengi dan Kampung Gedik.

"Bagaimanapun kesemua kawasan ini terletak di luar kawasan hutan simpan dan ia amat penting untuk dijaga daripada dicemari pembangunan.

"Spesies Kerrii hanya terdapat dari kawasan Selatan Thai sehingga ke sempadan Kelantan, Pahang dan Terengganu, ia tidak terdapat di negara lain," katanya.

Katanya, UMK telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan negeri meminta supaya kawasan tersebut diwartakan secepat mungkin untuk dilindungi daripada dibangunkan sebagai kawasan pertanian.
"Kira-kira 1.5 kilometer daripada kawasan ini telah dibangunkan sebagai kebun sayur dan kita bimbang ia akan menghampiri kawasan rafflesia ini.

"Perlu diingat, kita bukan hanya menjaga tumbuhan ini sahaja tetapi kawasan tadahan hujan kerana ia merupakan hutan yang perlu dilindungi bagi mengelakkan kesan yang lebih teruk kepada alam sekitar," katanya.

di petik dari :  utusan online

0 ulasan:

Catat Ulasan

aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.