27 Ogos 2009

MIMPI BASAH


Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my

SAYA ingin bertanya bagaimana caranya untuk mendapat mimpi basah atau wet dreams?

Budak Ofis,
Kuala Lumpur.


MIMPI basah atau wet dreams adalah

suatu yang tidak boleh dirancang. Ia berlaku secara spontan selepas seseorang individu mencapai usia baligh. Ia kerap berlaku kepada golongan remaja dan peringkat awal dewasa.




Selepas bermimpi basah, seseorang boleh terjaga selepas ejakulasi atau bangun keesokan harinya dalam keadaan basah akibat ejakulasi.

Punca berlaku mimpi basah masih belum dipastikan lagi. Banyak tanggapan bahawa mimpi basah berkaitan mimpi erotik atau disebabkan peningkatan jumlah air mani yang tidak dikeluarkan secara masturbasi atau hubungan jenis.

Ada korelasi antara kekerapan masturbasi dan mimpi basah. Secara umumnya lelaki yang kerap mengalami mimpi basah kurang mengamalkan masturbasi manakala lelaki yang kerap mengamalkan masturbasi kurang mendapat mimpi basah.
Bagaimanapun, setakat ini tidak ada kajian yang boleh memberi punca sebenar mimpi basah.

Jika saudara mengalami mimpi basah, saudara tidak perlu bimbang atau tertekan. Ia adalah sesuatu yang normal dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan memudaratkan.

Mimpi basah juga bukanlah tanda penyakit yang serius dan tidak perlu menjalani pemeriksaan atau rawatan kesihatan.





  • Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.






  • Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr Zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel tanyadrxy@bharian.com.my.



  • 1 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    pompuan ada x mimpi basah?

    Catat Ulasan

    aku harap, sape2 nak bagi komen 2 bagi komen yg beradab k..cz aku xsuka org yg biadap.

    Related Posts with Thumbnails

    renungan bersama...

    kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


    Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
    · Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
    · Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
    · Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
    · Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

    kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


    · Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
    · Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
    · Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
    · Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

    kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

    Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
    · Hatinya selalu berniat suci
    · Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
    · Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
    · Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
    · Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

    kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


    · Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
    · Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
    · Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
    · Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
    · Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

    · Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
    · Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
    · Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.