21 Disember 2009

WASIAT IMAM SYAFIE



Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata

2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah

Sekadar Gambar Hiasan

4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan

5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.

6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir

8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya

9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya

12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )

13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu

14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi

15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu

17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu

18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut

19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong

20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah
Tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki

22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya

23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )

24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya

25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu

26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang

27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan

28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau

29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya

30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya

31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali

32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas
Read more...

11 Disember 2009

RUKUN NEGARA

LATAR BELAKANG Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.


MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.

Matlamat Rukun Negara -

mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.



Prinsip-prinsip Rukun Negara -

Kepercayaan kepada Tuhan -

Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.



Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -

Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua
negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.


Keluhuran Perlembagaan -

Perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.



Kedaulatan Undang-Undang -
Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.


Kesopanan Dan Kesusilaan -

Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
Read more...

18 November 2009

ELAK GEMUK???


Oleh Hafizah Iszahanid
bminggu@bharian.com.my




SELEPAS berakhirnya puasa yang menjadi peluang terbaik mendapatkan berat badan sesuai, kehadiran Aidilfitri turut disulami keluhan ramai yang mengalami peningkatan semula berat badan.

Jangan salahkan pengambilan makanan berkalori, tetapi bagaimana anda mengawal kalori yang merujuk unit tenaga. Apabila sejenis makanan itu mengandungi 100 kalori, ia sebenarnya menggambarkan berapa banyak tenaga yang boleh diperoleh tubuh apabila menikmati makanan itu.

Hakikatnya, tubuh memerlukan

Read more...

05 November 2009

RENUNGAN : AL-QURAN

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
dengan wudhu', aku kau sentuh
dalam keadaan suci, aku kau pegang
aku, kau junjung dan kau pelajari
aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
setelah selesai engkau menciumku mesra

sekarang engkau telah dewasa...............
nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
sekarang, aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan
aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
dulu, pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau......

sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah)
di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
mengasyikkan.

di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
di komputermu pun kau putar musik favoritemu
jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
e-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
menonton siaran telivisyen
di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
waktupun cepat berlalu.........
aku semakin kusam dalam laci-laci mu
mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
itupun hanya beberapa lembar dariku.
dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
atau waktu kematian saudara atau taulan mu

bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
yang pasti ayat-ayat Allah s..w.t yang ada padaku menolong mu
itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
setiap saat berlalu...
dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu............
engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
di kuburmu nanti....
aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
yang akan membantu engkau membela diri
dalam perjalanan ke alam akhirat.
dan akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari.
karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
sentuhilah aku kembali...

baca dan pelajari lagi aku....
setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
di surau kecil kampungmu yang damai
jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
dalam bisu dan sepi....
Read more...

22 Oktober 2009

PERTUTURAN



Tuturkata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauhmana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran,sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut 

Read more...

03 Oktober 2009

JOM JALAN KAKI....!


Pengenalan

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada

Read more...

17 September 2009

KETIDAKMAMPUAN MENGAWAL PERASAAN TAKUT





Jika ketakutan yang dihidapi oleh seseorang itu melampau atau keterlaluan, maka rawatan tertentu diperlukan bagi mengatasinya.



Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila. Dengan kata lain, masyarakat memandang serong terhadap orang yang menghadapi penyakit mental.
Sebenarnya terdapat

Read more...

13 September 2009

ROKOK

JOM TAK NAK MEROKOK !
ASAP ROKOK MENGANCAM KANAK-KANAK
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko 
Read more...

27 Ogos 2009

MIMPI BASAH


Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my

SAYA ingin bertanya bagaimana caranya untuk mendapat mimpi basah atau wet dreams?

Budak Ofis,
Kuala Lumpur.


MIMPI basah atau wet dreams adalah

Read more...

01 Ogos 2009

JERAWAT

Apa itu akne?

Akne juga dikenali sebagai jerawat.


Bagaimana akne terjadi?

Akne terjadi apabila:
  • Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
Read more...

19 Julai 2009

GOUT

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN



KEADAAN gout yang kronik dengan tofus jelas kelihatan.



GOUT adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat.
Kajian menunjukkan

Read more...

02 Julai 2009

PERDEBATAN





Dalam pergaulan seharian, kita sering berhadapan dengan perbincangan atau perdebatan tentang sesuatu isu. Islam menggariskan beberapa panduan yang patut diikuti ketika perbincangan atau perdebatan untuk mengelakkan berlakunya perbalahan. Perdebatan tentang agama, politik, ilmu pengetahuan dan lain-lain yang dilakukan tanpa

Read more...

Related Posts with Thumbnails

renungan bersama...

kata hikmah sayyidina abu bakar as-siddiq RA


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

kata hikmah sayyidina umar al-khattab ra


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

kata hikmah sayyidina usman ibnu affan ra

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

kata hikmah sayyidina ali karamullah hu wajhah ra


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifatwarak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.